https://critoxium.com/shop/

Terkini

Din Pudu !,gelaran popular kepada Allahyarham Salahuddin Ayub


Oleh Muhammad Faeez Azahar

Itu antara gelaran popular kepada Allahyarham Salahuddin Ayub.

Beliau antara pengguna setia stesen bas Puduraya, Kuala Lumpur. Beliau berulang alik KL-Johor-KL setiap minggu. Dan melalui stesen inilah beliau pergi ke seluruh negara.

Beliau pernah cerita, biasanya kalau tinggalkan keluarga di Johor, beliau tinggal duit ngam-ngam untuk makan keluarga sepanjang beliau tiada.

Salahuddin antara pemidato hebat semasa di dalam Pas, beliau mendapat jemputan berceramah di seluruh negara. 

Melalui stesen Pudu inilah beliau pergi, dengan hanya berbekalkan tambang pergi.

Tambang balik mengharapkan duit saguhati berceramah, makan mengharapkan ihsan kawan-kawan yang beliau jumpa.

 Kadang-kadang pergi ceramah tak dapat sagu hati, beliau terpaksa minta duit tambang untuk beliau balik.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.