Anwar imamkan solat jenazah Salahuddin
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengimankan solat jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Salahuddin Ayub.
Anwar mengimamkan solat jenazah sekitar jam 11 pagi di Masjid Jamek Dato' Hj Noh Gadot, Serkat, Pontian, Johor pagi ini.
Orang ramai hadir membanjiri masjid bagi memberi penghormatan terakhir serta menunaikan solat jenazah.
Perdana menteri diiringi Menteri Besar Johor, Onn Hafiz dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat pada jam 12 tengah hari ini.
Anwar yang tiba di masjid terlebih dulu duduk ditepi jenazah Allahyarham dan memanjatkan doa serta memberi kata-kata semangat kepada keluarga arwah sebelum menunaikan solat jenazah.
Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 61 tahun malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 9.23 malam.
Anak kepada allahyarham, Fatihah Salahuddin memaklumkan pemergian bapanya pada hantaran di media sosial.
"Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya.
Ahli parlimen Pulai dua penggal itu (2018, 2022) telah dikejarkan ke hospital di Alor Setar pada Jumaat dan doktor mengesan dia mengalami pendarahan otak.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.