https://critoxium.com/shop/

Terkini

Seorang Pemimpin Yang Tulen Dan Pejuang Yang Hebat


Oleh Muhammad Faeez Azahar

Allahyarham Salahuddin Ayub pernah dipeniara selama sebulan di Penjara Kajang bersama Dato’ Mahfuz Omar dan beberapa sahabat lain.

Ini selepas beliau didapati bersalah terlibat dalam satu perhimpunan di depan Universiti Malaya bagi membantah pasukan kriket Israel pada 1997.
 
Ketika itu, beliau tidak berkompromi dengan tindakan kerajaan ‘menghalalkan’ kemasukan Israel ke negara ini. 
 
Ini dalam mempertahankan prinsip negara yang tidak mempunyai sebagai hubungan diplomatik negara negara durjana itu.
 
Demonstrasi itu juga sebagai solidariti terhadap saudara kita di Palestin yang sentiasa dizalimi oleh puak Zionis.
 
Ada dua pilihan hukuman, sama ada dipenjara atau membayar denda. 
 
Beliau memilih untuk dipenjara daripada membayar duit kerana Israel.
 
Masa tu Almarhum Ustaz Fadzil Noor datang ke mahkamah, dia kata “betul ke hangpa nak masuk penjara? Kami mai bawak duit dah nak bayaq denda”
 
Begitulah seorang pemimpin yang tulen, Allahyarham sememangnya pejuang yang hebat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.