Mengimbau Kenangan Terakhir Bersama Salahuddin
Oleh Mohd Sayuti Omar
Pemergian tidak akan kembali Salahuddin Ayub tanggal 23 Julai sebenarnya telah diberikan isyarat awal kepada saya. Kerana gagal membaca “maknawi” disebalik lisan menyebabkan isyarat itu tidak dipedulikan.
Allahyaram adalah antara rakan politis yang terawal saya kirimkan jemputan digital majlis perkahwinan anakanda saya Eza Elhanis dengan Muhammad Yusri 5 Ogos nanti. Menjadi kebiasaanya dia pantas menjawab mesej mesej saya.
Dalam WhatsApp balasnya dia menyata akan hadir sekiranya dia berada di Kuala Lumpur. Biasalah sebagai orang politik programnya penuh dan sibuk.
Saya menerimanya sebagai kewajaran biasa jawaban itu tanpa memahami sebarang makna.
Apabila kami berjumpa diprogram terjah ke sebuah pasar raya, beliau menyebut hal itu sekali lagi.
“Ti kenduri rumah anta bila, 5 ke 6?” Tanya beliau.
“5 Ogos” jawab saya memperingatkannya.
“Ana akan hadir kalau ana ada di Kuala Lumpur” jawabnya mengulangi janji sama. “Ada apa apa beri tahu ana.” Tambahnya.
Saya tetap dungun dengan kata kata itu dan menganggapnya tidak ada apa signifikan disebaliknya.
Hinggalah jam 9.23 malam 23 Julai terjawab apa “maknawi” disebalik pengucapan berulangnya itu.
Rupanya beliau tidak kesempatan untuk menghadirinya.
Kenangan ini akan terabadi dalam hidupku.
Dan pada saat majlis itu nanti kau tetap seperti berada sama Din kerana sepanjang persahabatan kita tidak kemungkiran daripada mu. Trims.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.