https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pas Mula Berpecah , Percaturan Dalam Pn terdedah ?


Pelantikan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional mengejutkan ramai pihak.

Kenapa bukan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man?

Kenapa seorang figura profesional dan teknokrat dipilih mendahului hierarki parti?

Lebih mengejutkan lagi Muhyiddin Yassin, yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN, dilantik semula sebagai Timbalan Pengerusi PN. Sekilas pandang, ini bukan sekadar pelantikan biasa. Ia adalah percaturan kuasa, dan membuka ruang bagi konflik dalaman yang lebih Kompleks.

Dalam PAS sendiri, kini jelas wujud dua aliran:

Satu, kumpulan Ulama yang setia kepada struktur tradisional, fokus pada kepimpinan dan walaq.

Satu lagi, golongan profesional yang lebih liberal dan terbuka, lebih mesra pengundi bandar, dan kini semakin menguasai hala Pas.

Pelantikan Samsuri bukan kebetulan. Ia menandakan bahawa golongan profesional semakin berani menunjukkan minat untuk memimpin, malah berani bermimpi menjadi bakal Perdana Menteri bayangan PN. Presiden dan Timbalan Presiden PAS bukan lagi syarat mutlak. Kuasa tidak lagi terikat pada hierarki lama, dan budaya walaq mutlak kepada pucuk pimpinan utama mulai longgar.

Sejarah kini berulang.

Apa yang berlaku di dalam UMNO ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi PM (Naib Presiden Umno ) , dicatur oleh Muhyiddin (PN) sehingga parti Umno berpecah dan lemah, kini seolah-olah diulang kembali dalam PAS. Strategi yang sama, mengawal hala tuju parti, memastikan golongan profesional Pas dominan,melemah kan golongan ulama pas dan membuka ruang persaingan dalaman.

Bersatu pula, walaupun Presiden nya meletak jawatan, masih mengekalkan pengaruh dalam struktur utama Perikatan Nasional. Ini bukan pengunduran, tetapi penyusunan semula kuasa untuk mengekalkan pengaruh di belakang tabir. 

Kini, PAS menghadapi satu fasa baru. Pelantikan Samsuri adalah signal perubahan. Parti sedang diuji, persaingan dalaman semakin nyata, dan ahli Pas mula memerhati dengan teliti. Gelombang kepimpinan baru ini mungkin akan menentukan arah tuju politik PN dan Pas untuk tempoh akan datang

Sumber FB Zaki Abdul Sani

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.