https://critoxium.com/shop/

Terkini

Surat akhir kepada sahabatku Salahuddin (Bhg Pertama)


Oleh Mohd Sayuti Omar

SAHABATKU sdr Salahuddin Ayub; di ambang Subuh nan hening ini aku mencatat lembaran ini buat terakhir kalinya kepadamu. Meskipun warkah ini kau tidak membacanya atau menatapi dengan pancaraindra ainul, tetapi semua orang menyayangi dan menrtinduimu akan menjadi wali kepadamu untuk menatapi dan menghadaminya. Aku sangat mengharapkan begitu.

Pertamanya aku ingin mohon maaf sebesar-besarnya atas salah lakuku sepanjang kita berkenalan kemudian bersahabat sejak lebih 40 tahun lampau. Tidak dinafikan dalam masa-sama kesenggangan sepi, banyak kesalahan terjadi baik sedar atau tidak. Istimewanya Din kau tidak pernah mengambil kisah dan itulah rahsia persahabatan ini kekal. Aku percaya kau tidak pernah mengambil hati terhadapku.

Pemantauan harga baranagan
terakhir dilakukan Allahyarham.
40 tahun satu masa terlalu panjangan dan sudah tentu pelbagai kisah dan peristiwa dialami dalam tempoh itu. Ia bukan saja penuh dengan hilai tawa, gurau senda, tetapi tentu ada jua pergeseran pendapat dan sebagainya antara kita.

Mereka yang baru mendatangi kehidupan kita ini tidak mengetahui apa-apa nostalgia kita bersama. Apa lagi yang hadir saat-saat kau sudah menggapai kejayaan sebagai politis jauh daripada mengetahui akan suka duka perjuangan yang kita lewati apa lagi liku-liku perjuangan yang kau tempohi secara peribadi.

Namun semua itu ada tercatat dalam diari kehidupan kita, Din. Ia menjadi sebahagian bukti akan keulitan, kegigihan dan kesabaran kau sebagai seorang pejuang dan pemimpin. Ia juga adalah saksi kepada dunia tentang dirimu yng tidak dapat diragui oleh sesiapa pun. Aku sendiri tidak percaya bahawa kau akhirnya akan berada di puncak kejayaan itu selaku wasir negara. Tetapi itulah hasil kegigihan keistiqamahan kau dalam perjuangan akhirnya puncak itu digapai. Itulah kehebatan dan kejayaan kau Din. Itulah takdir Allah. Tahniah.

Tepatlah Din ungkapan mengatakan "kalau kita gigih dan tabah setia dan ikhlas dalam menghadapi lurah dan denai perjuangan akhir kita akan berjaya." Kau sendiri setelah lebih 40 tahun melalui liku-liku perjuangan sedari awal serta saat sudah ramai kawan yang mengalah dan berundur, baru merasa lazat sebuah kejayaan. Namun itu bukan kelewatan tetapi pemulaan sangat bererti yang dicapai penuh keperitan.

Namun aku percaya kejayaan itu bukan untuk dibanggakan melainkan untuk dijagai dan dipelihara demi merelisasikan maksud perjuangan. Hal itu sering kali kau ungkap sebagai cermin peringatan, "bahawa jawatan, pangkat dan eksesosi kejayaan bukan untuk dimegai, tetapi ia adalah beban untuk dipikul demi rakyat."

Pergi tanpa pamit.

Semalam Din, atau tepatnya jam 9:23 malam Ahad lalu kau telah menghembuskan nafas terakhir dan
menoktahkan hayat di dunia ini. Kau tinggalkan dunia ini, aku dan semua seperti tanpa pamit. Kau meninggalkan kami semua dalam suasana tidak puas melihat kerajinan dan ketekunan kau berkerja. Menutupi kitab kehidupan di alam zahir ini dan memulakan kehidupan baru abadi tentunya yang tentunya lebih istimewa dan mewah. Kenapa aku berkata demikian, kerana kau seperti mempersiap bekalan akhirat secukupnya. Sesungguhnya pemergian mengejutkan itu menyintak aku Din dan juga ramai kekawan lain.

Saat aku menatap wajah terakhirmu yang sudah siap dikafankan terbaring di rumah bondamu Aminah Abdullah di Kampung Serkat Tanjung Piai, ia laksana kumenatap wajah seorang anak kecil yang lena ketiduran dengan mulut tersenyum kemekaran. Airmataku tidak dapat diseka ketika menatap wajamu dan kau Din seakan berkata sesuatu kepadaku; Ti.. terima kasih kerana menziarahi ana.

Mereka yang selama ini mengenalimu juga turut tersintak lembek dan terhenyak menerima khabar dukacita itu. Aku sampai kini masih terbata-bata tidak mempercayai akan kepergianmu. Bukan sahaja aku, tetapi seluruh mereka yang lain jika ada kudrat dan kesaktian mahu menghalang perjalannmu ke akhirat. Kami belum puas bersamamu untuk menikmati dan menyaksikan akan agenda kamu membantu rakyat. Tetapi sebagai hambaNya aku dan semua hanya dapat pasrah dan reda. Mampu meratap dan menangis. Tuhan lebih dan berhak memeliharamu. 

Kau pergi ketika kau di puncak sanjungan Din. Kau meninggalkan kami ketika kau bersemangat dan ghairah untuk merealisisaikan perjuangan dan nekad kamu selama lebih 40 tahun. Kau pergi saat kami semua tumpang gembira dengan usahamu. Jadi kau berlalu laksana mentari yang baru menyerlahkan diri untuk memberi kesdegaran pada alam tetapi tiba-tiba terpadam akibat ditutupi awan. Justeru kami jadi persis kegelapan kini. Itulah menjadi semua orang terkilan dan dukacita. Kenapa Tuhan tidak berikan peluang itu 40 tahun lalu kepadamu, bukankah dengan memberi kesempatan lebih luas kau dapat menabur budi dan jasa kepada rakyat lebih banyak. Dan tidakkah lebih ramai rakyat merasainya?

Itu pertanyaan monolog aku yang terkesan dan terundung dengan pemergianmu Din. Walhal dengan apa yang kau sudah lakukan dan sedang rancangkan itu telah memberi makna kepada seluruh rakyat. Kau telah meletakkan batu asas atau menyediakan landasan terbaik untuk diteruskan. Idea dan semangat yang kau pamerkan menjadi teladan kepada orang terkemudian. Para pemimpin lain harus bahkan wajib meneruskan amalan kebajikan yang kau puasakan.

Kau telah meninggalkan segunung semangat untuk dijadikan model membantu rakyat. Kau telah menyempurnakan perjuanganmu Din dan menunaikan apa yang kau persaksikan kepada Pencipta, bahawa kita diturunkan ke bumi ini sebagai khalifah. Bukan itu sahaja kau juga telah meninggalkan suri teladan akhlak sebagai seorang pemimpin sejati. Sepanjang hidup kau tidak terdengar kau menghembur sumpah seranah melampau kepada mana-mana pemimpin atau individu lawan. Paling kuat kalau kau merah dan kecewa kau membungkamkan diri dan bercerita kepadaku secara peribadi. Atau kalau memarahiku, kau sekadar bekata; terpulang pada anta, Ti.

Sebab musabab yang berlaku dan menimpa dirimu sehingga pecah pembuluh otak memberi gambaran betapa kau memerah otak siang malam siang untuk memerdekakan rakyat dari cengkaman kesengsaraan hidup dan dipermiankan oleh hipokrasi politik. Kau telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah kau sebagai khalifah sampai mengalpakan diri suatu perbuaan baik namun mengilankan kami.

Dari itu sahaja bagi mereka yang insaf dapat menilai dan menerima apa yang kau lalukan tidak tergamak untuk menestaimu atas alasan apa sekalipun. Dari itu dapat melihat akan keseriusan kau melaksanakan tugas dan tanggngjawab selaku pemimpin. Mereka perlu berterima kasih dan tidak ada nilai untuk membayar segala usahamu itu selama ini Din. Kau telah sudah menitik akhirkan perrjalanan hidup kau sebagai seorang politis dengan baik. Hanya kami yang tertinggal ini sahaja masih belum mengerti untung nasib dan diri. Bersambung. [sri rampai - pv10 6:12 am/1:13 pm 07/13/2023]

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.