Kejahilan sebagai modal kebangkitan Melayu-Islam.
Oleh Fathi Aris Omar
Kejahilan sebagai modal kebangkitan Melayu-Islam. Terbukti! Ada yang terkejut Rukun Negara "telah diubah" bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Terkejut lagi pada mukadimah Rukun Negara ini ada perkataan "liberal". Dia, dan ramai lagi, tidak sedar perkataan "liberal" dan "progresif" tidak asing dalam kalangan kaum terpelajar waktu itu.
Rukun Negara digubal tidak lama selepas, dan sebagai penawar, tragedi 13 Mei 1969.
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Sebelum tragedi tersebut, pada 24 Mac, akhbar Utusan melaporkan di halaman depan janji Perikatan untuk mewujudkan "masyarakat liberal".
Malah, pada 1991, DS Dr Mahathir Mohamad menyebut "masyarakat matang, liberal dan bertoleransi" dalam cabaran kelima Wawasan 2020.
Orang seperti ini bangga dapat bergambar dengan mantan perdana menteri dan bekas presiden Bersatu tetapi tidak sedar apa yang diucapkan tokoh pujaannya sendiri!
Jika dia baca buku Barry Wain yang membongkar wajah hodoh pentadbiran Dr Mahathir 1981 hingga 2003, pasti dia akan terkejut beruk! Betullah kata Gustave Le Bon (buku The Crowd: A Study of the Popular Mind):
"The masses have never thirsted after truth. They turn aside from evidence that is not to their taste, preferring to deify error, if error seduce them. "Whoever can supply them with illusions is easily their master; whoever attempts to destroy their illusions is always their victim. "An individual in a crowd is a grain of sand amid other grains of sand, which the wind stirs up at will.”
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.