https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Pinda perlembagaan, tak perlu lagi PRK luar jangka'


Bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar Sudah percaya sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan luar jangka susulan kematian penyandang kerusi berkenaan.

Bercakap kepada portal Utusan Malaysia, katanya, Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan wajar dibuat sedikit pindaan dengan mewujudkan satu peruntukan khas berkaitan ketetapan itu.

Katanya, dengan pindaan itu, kerajaan mampu menjimatkan wang negara daripada terpaksa membelanjakan antara RM4 juta ke RM6 juta bagi setiap PRK.

“Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji keperluan itu dalam konteks demokrasi politik negara ini.

“Kewujudan peruntukan khas itu antaranya memberi tanggungjawab kepada parti yang menang kerusi berkenaan sebagai pihak yang akan berhak dan bertanggungjawab menjaga kepentingan atau perkhidmatan kepada pengundi atau rakyat di kawasan terlibat,” katanya.

Negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil pada 7 Okt ini, di kerusi DUN Pelangai di Pahang. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Johari Harun yang mewakili Umno/BN dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu.

Awal bulan ini, PRK luar jangka kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Julai.

Terdahulu, Parlimen Kuala Terengganu muncul PRK pertama yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos lalu berikutan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya bagi bahagian Pilihan Raya Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.