https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lagi Ahli Parlimen Bersatu isytihar sokong Anwar

 


KUALA LUMPUR: Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara terbuka ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sokongan itu dinyatakan beliau ketika waktu pertanyaan-pertanyaan perdana menteri (PMQT).

“Bukit Gantang isytiharkan sokong Tambun, perdana menteri ke-10 dan gagasan kerajaan Madani,” kata Ahli Parlimen Bersatu.

Beliau turut menyeru agar bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob bersama membantu Anwar dalam mentadbir kerajaan.

“Demi negara tercinta saya minta Tambun, Pagoh, Bera buang yang keruh ambil yang jernih bersama membantu Tambun bina masyarakat Madani.

“Kepada Ahli Parlimen pembangkang marilah runding sebaiknya dengan kerajaan seperti persefahaman Bera jadi perdana menteri,” katanya.

Ahli Parlimen (PN-Kota Bharu) Takiyuddin Hassan kemudian bangkit mempersoalkan sekatan peruntukan dikenakan sehingga Ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada perdana menteri.

Anwar kemudian menjawab, tiada syarat khusus untuk peruntukan Ahli Parlimen disalurkan sebaliknya pembangkang perlu mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Katanya, rundingan masih boleh diteruskan biarpun pembangkang sering mencerca dan menghinanya.

“Saya nak tegaskan walaupun apa pun diucapkan. Tak halang perundingan kembali peruntukan semua wakil rakyat, syaratnya runding dulu, saya tak beri pra syarat sokong perdana menteri, boleh keluarkan syarat itu tak perlu menyokong perdana menteri,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.