https://critoxium.com/shop/

Terkini

KFC tak pernah ada dalam senarai boikot - BDS


KFC tidak pernah berada dalam senarai jenama untuk diboikot, kata kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS).

Ini kerana menurutnya KFC tidak melakukan perkara sama seperti McDonald’s, iaitu menyediakan makanan percuma kepada tentera Israel dari cawangannya di Israel.

“Untuk makluman, KFC tidak pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia.

“Kami tidak pernah kempen rakyat Malaysia untuk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang,” kata pengerusi BDS Malaysia, Nazari Ismail, dalam satu kenyataan di Instagram.

Kata Nazari, ada pelanggan merungut dan enggan membeli KFC kerana harganya yang mahal dan bukannya kerana isu Palestin.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup sementara, berdasarkan data Google Map.

The Straits Times memetik sumber tanpa nama dari QSR Brands, yang menguruskan KFC, memaklumkan penutupan tersebut disebabkan oleh kesan boikot.

Terdapat lebih 600 restoran KFC di Malaysia yang dikendalikan oleh QSR, yang kini dimiliki oleh Johor Corporation, sebuah entiti kerajaan negeri Johor.

BDS Malaysia sebelum ini menggesa kerajaan mengecualikan mana-mana syarikat yang diketahui terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza daripada sebarang kontrak perolehan kerajaan.

Syarikat-syarikat tersebut termasuk syarikat senjata, Lockheed Martin, Google, dan syarikat minyak dan gas Caltex/Chevron.

Syarikat-syarikat lain yang disenaraikan oleh BDS Malaysia termasuk:

BAE Systems

Caterpillar

Siemens

JC Bamford

HD Hyundai

Intel

Hikvision

TKH Security

Syarikat-syarikat dalam senarai itu dipilih atas pelbagai sebab, termasuk membekalkan peralatan yang digunakan secara langsung dalam keganasan terhadap rakyat Palestin atau untuk tujuan pelaburan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.