https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bukan Saja Hamzah,Azmin Juga Menanti !



Oleh Mohd Sayuti Omar

Hamzah alias Mejah Zainuddin kata Mahiaddin akan berhenti apabila tiba masanya. Dan Mejah yakin Mahiaddin akan lepas baton kepadanya sebab dia adalah pelari kedua.

Bunyi yakin benar Mejah yang Mahiaddin akan lepaskan baton kepadanya. Apakah dia sedar game atau larian dalam Bersatu yang berlangsung kini akan berterusan dan tidak akan dibatalkan dipertengahan.

Kalau dibatalkan dia harus sedar ada pelari yang seiring dengannya iaitu Azmin Ali.

Justeru yang menanti bukan sahaja Mejah, Azmin Ali juga sudah siap sedia untuk rampas baton.

Hal ini mungkin tak disedari Mejah tetapi sangat disedari oleh Wan Saiful Wan Jan sebab itu awal awal lagi Wan Saiful dibuang. Horas.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.