ChatGPT perkenal ciri sembang berkumpulan untuk pengguna seluruh dunia
SELEPAS melakukan ujian ringkas untuk penggunaan sembang berkumpulan atau “Group Chat” beberapa hari yang lepas, kini OpenAI telah mula memperkenalkan sokongan sembang berkumpulan melalui ChatGPT untuk semua pengguna pelan berbayar seluruh dunia.
Dengan langkah ini, sesiapa yang mempunyai akaun berbayar ChatGPT boleh memulakan sokongan sembang berkumpulan.
Seterusnya sebuah pautan khas akan dijana, membolehkan rakan-rakan lain menyertai dan berbual.
ChatGPT akan beroperasi secara pintar, dan hanya memberikan respon apabila diseru atau diperlukan.
Ini membolehkan anda bersembang dengan rakan lain dalam membincangkan atau merancang sesuatu perkara.
Ini sekali gus akan membantu dan mempercepatkan sesuatu perbincangan, dan turut dibantu bersama kecerdasan buatan janaan.
Bagi anda yang berminat, boleh ke ChatGPT, dan memilih mulakan “Group Chat” melalui ikon pada penjuru atas kanan laman berkenaan.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.