https://critoxium.com/shop/

Terkini

Nurul Izzah Anwar Jadi MB Selangor ?


Oleh Roslan SMS

Bila ditanya mengenai cadangan MB Selangor DS Amirudin agar Nurul Izzah menggantikan tempat beliau selaku MB Selangor, ayah Nurul jawab: Itu pandangan beliau (Amir) dia tidak pernah berbincang perkara ini dengan saya." Jawablah setuju atau tidak setuju.

Kita sangka selaku juara perubahan serta reformasi melawan rasuah, kronisma, nepotisma dan menuntut good governance, beliau akan jawab berilah peluang pada anak Selangor lain yang lebih layak terlebih dahulu, atau tidak selagi saya Presiden tak perlu angkat anak saya sendiri ke jawatan tinggi itu.

Tapi itulah Anwar.

Isteri sendiri pun pernah dicalon menjadi MB Selangor tetapi ditolak, kini anak pula (Langkah Kajang dulu beliau sendiri sebenarnya).

Teringat apa yang pernah dinyatakan Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor yang paling baik dan bersih dalam rekod satu ketika dulu,: "Saya dipecat daripada PKR kerana Anwar mahu pakai duit kerajaan negeri untuk menjalankan program parti. Saya tidak benarkannya kerana alasan yang mudah, kerana wang kerajaan negeri adalah duit rakyat.

"Tetapi mereka marah dan mempersoalkan bagaimana PKR akan menang (dalam Pilihan Raya Kecil Kajang) tanpa menggunakan wang dari rizab kerajaan negeri.

Apabila saya enggan berbuat demikian, saya dipecat daripada parti. Tetapi saya lega kerana saya tidak lagi perlu memikul kepercayaan rakyat dan juga tidak mengkhianati kepercayaan mereka kepada saya sepanjang menjadi Menteri Besar."

(Berita Harian: 4 Mei 2018)

Tak sabar nak tengok NI jadi MB ......

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.