Putu Halba Popular Di Musim Sejuk Di Kelantan
Oleh Rossem
Makanan juga mengikut musim. Makanan musim panas lain, makanan musim sejuk lain. Di England contohnya, makanan popular di musim sejuk ialah jacket potato atau ubi bakar seperti pai kastard labu, pai daging, pasty Cornish yang mengenyangkan. Makanan ini biasanya dihidang panas untuk menahan kedinginan musim sejuk.
Di Russia pula makanan popular musim sejuk, daging rusa dan sup barli campur daging dan kobis. Di Seberia ikan dimakan mentah.
Di Kelantan, makanan tradisi orang Kelantan juga berbeza antara musim panas dan musim sejuk atau musim monsum (Tengkujuh) antara bulan November hingga Januari.
Di Kelantan hujan sudah mula turun sejak empat hari yang lalu. Matahari tiada kelihatan. Sejuk malam dan siang. Rezeki bermusim bagi peniaga jaket bundle.
Makanan musim monsum pun muncul. Di sepanjang jalan utama di negeri Kelantan, gerai putu halba tumbuh macam cendawan di musim hujan.
Sejenis makanan dari ubi kayu parut dengan inti nisan atau gula kelapa dan kelapa parut. Dikukus dan makan panas-panas.
Pernah tanya wanita penjual
“Ubi kayu parut sendiri ke?”
“Beli alik Siam, siap parut doh” kata penjual.
Benda kecil, remeh temeh pun kita impot dari Thailand. Tak apalah, kita pun sibuk. Politik lagi penting.
Bersinar matahari, hujan berhenti, nasib putu halba pun berubah.
Hagah-hagah putu halba hanya laku di musim hujan. Musim panas tiada siapa mahu beli. Gerai putu halba tutup.
Selera bermusim, nak buat macamana!
Begitu juga dengan ubi kayu rebus atau bakar. Sedap dimakan di musim hujan, bersama kopi, bersandar di tiang serambi rumah sambil membilang tetes-tetes hujan.
Zaman saya kanak-kanak , bulan November, Disember dan Januari makan nasi berlaukkan ikan budu, sesekali telor goreng ayam kampung, itupun ketika demam.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.