Parti Lokal Vs Parti Nasional
Oleh Mohd Yusri Ibrahim
Banyak isu yang melatari kempen PRN Sabah kali ini.
Namun isu yang agak terkesan adalah semangat kenegerian Sabah itu sendiri.
Sebab itu slogan seperti Selamatkan Sabah, Sabah for Sabahan, Sabah First dan seumpamanya agak mendapat sambutan.
Namun di lapangan, saya dapati ada dua kelompok pengundi yang agak dominan.
Pertama yang cenderung kepada parti lokal, yang percaya nasib Sabah lebih baik jika dipimpin oleh parti lokal.
Manakala kedua yang cenderung kepada parti lokal yang berkerjasama dengan parti nasional, dengan alasan kombinasi tersebut lebih praktikal untuk Sabah.
Pengundi dengan tahap sosio-ekonomi pertengahan dan ke atas ramai dalam kategori kedua tersebut.
Menjengok lebih jauh sentimen tersebut, GRS dan WARISAN mempunyai sedikit kelebihan berbanding parti2 lain.
WARISAN parti lokal, manakala GRS parti lokal yang bekerjasama dengan parti nasional.
Ini observasi awal, kempen masih panjang, apa sahaja kemungkinan masih boleh berlaku.
Saya pulang ke Terengganu dulu sekejap untuk beberapa hari sebab ada tugasan di sini, insya Allah kalau kesempatan akan ke sana lagi beberapa hari lagi.
Tak boleh lama2 di Sabah, bimbang kena go out, banyak sangat seafood.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.