Isu Protes Di Bangkok : Kenapa Nama Malaysia Dihormati Di ASEAN Dan Mengapa Pembangkang Cuba Putar Belit ?
Oleh Zack Rockstar
Beberapa hari ini media Thailand melaporkan satu protes kecil di Bangkok yang menyasarkan Kedutaan Malaysia dan Kedutaan Amerika Syarikat. Pembangkang di Malaysia cepat melompat, cuba menuduh kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah “mengganggu urusan dalaman Thailand” dan “mencemarkan hubungan diplomatik.” Apabila kita teliti laporan penuh Bangkok Post, gambaran sebenarnya sangat berbeza daripada naratif politik pembangkang.
Pertama, pertikaian Thailand-Kemboja ini bukan isu baru. Ia sudah berlarutan sejak tahun 1970-an, ketika kawasan sempadan antara dua negara tersebut ditanam periuk api akibat perang Indochina.
Isu sempadan, pembersihan periuk api, dan blok-blok yang dituntut oleh kedua-dua negara telah berulang selama lebih 40 tahun, jauh sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri. Jadi apabila Thailand dan Kemboja menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur bulan lalu, ia bukan perjanjian baru dan bukan campur tangan Malaysia.
Malaysia hanyalah tuan rumah dan fasilitator, iaitu peranan biasa yang dimainkan oleh negara Pengerusi ASEAN setiap tahun.
Kedua, penting untuk difahami bahawa kerajaan Thailand sendiri tidak pernah mengeluarkan apa-apa bantahan terhadap Malaysia. Tiada nota diplomatik dihantar, tiada kenyataan mengecam Malaysia, tiada protes rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri Thailand.
Protes yang berlaku itu dianjurkan oleh NGO nasionalis kecil bernama United Power of the Land to Protect Sovereignty, bukan suara majoriti rakyat Thailand.
Malah pihak polis Thailand sendiri yang mengawal lindungan kedutaan, menandakan bahawa kerajaan tidak menganggap Malaysia sebagai punca masalah.
Jika kerajaan Thai tidak menyalahkan Malaysia, mengapa pula walaun di Malaysia begitu beria-ia mahu menjadi ‘pejuang kedaulatan Thailand’?
Ketiga, Malaysia hanya menjalankan peranan diplomatik ASEAN. Apabila satu negara menjadi Pengerusi ASEAN, tanggungjawabnya adalah memfasilitasi dialog, membantu negara jiran menyelesaikan isu sempadan, dan memastikan keamanan serantau. Semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini tanpa kecuali telah melakukan peranan serupa. Tun Abdullah Badawi pernah membantu fasilitasi konflik Selatan Thai.
Najib Razak pernah menjadi orang tengah isu sempadan Filipina–Malaysia. Tun Dr Mahathir pula sering bersuara dalam isu Laut China Selatan. Malah zaman Muhyiddin dan Ismail Sabri pun, Malaysia tetap terlibat dalam platform diplomatik serantau.
Jadi apa bezanya?
Waktu Malaysia dipimpin Anwar, negara kembali diberi peranan penting. Malaysia dilihat sebagai suara sederhana, stabil dan dihormati oleh Thailand, Kemboja, Indonesia dan negara ASEAN lain.
Malaysia menguruskan perjanjian itu sebagai fasilitator bukan pencetus, bukan penekan, bukan pemain utama pertikaian. Thailand dan Kemboja yang menandatangani deklarasi itu atas kerelaan mereka sendiri, dan ia hanya melibatkan kerjasama pembersihan periuk api dan keselamatan sempadan, bukan isu tuntutan tanah pun.
Keempat, pembangkang juga menggunakan fitnah dari seorang bekas senator Thai yang menuduh kononnya Malaysia mempunyai kepentingan dalam “industri kasino Kemboja.” Tuduhan ini tidak disokong oleh sebarang dokumen, data kewangan atau kenyataan rasmi mana-mana pihak berkuasa.
Tetapi kerana ia datang dari luar negara dan boleh dijadikan modal politik, pembangkang menyambutnya tanpa semak fakta.
Sedangkan Malaysia tidak mempunyai apa-apa pelaburan rasmi kerajaan atau GLC dalam mana-mana kasino di Kemboja.
Kelima, jika kita bandingkan dengan zaman Perdana Menteri sebelum ini, kita akan nampak perbezaan ketara dalam reputasi antarabangsa Malaysia. Zaman PN memerintah, Malaysia dianggap negara yang paling lemah dalam ASEAN, pelabur lari, ringgit merosot, hubungan diplomatik renggang, dan dasar luar negara tidak jelas.
Zaman Muhyiddin, Malaysia gagal memimpin ASEAN dengan tegas semasa krisis Myanmar. Zaman Ismail Sabri pula, Malaysia lebih banyak berdiam diri dan hanya mengikut arus. Berbeza dengan itu, dalam tahun pertama pentadbiran Anwar,
Malaysia tampil lebih yakin dalam diplomasi antarabangsa. Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat penting ASEAN–AS, diberi kepercayaan mengurus deklarasi trilateral, dan peranan Malaysia dalam keselamatan serantau dipuji oleh negara jiran. Dalam bahasa mudah: Malaysia kembali dihormati, dan bukan sekadar pemerhati seperti zaman PN.
Kerana itu, PN tampil menyerang. Bukan kerana Malaysia salah. Bukan kerana Thailand marah. Tetapi kerana PN tidak selesa melihat Malaysia kembali relevan di mata dunia, dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang menjadi suara utama dalam ASEAN.
Kesimpulannya, isu protes Bangkok ini bukan isu Malaysia. Ia bukan isu campur tangan. Ia bukan isu diplomatik. Ia hanyalah isu sempadan Thailand–Kemboja yang sudah berdekad-dekad lamanya, dan ia sekadar protes kecil daripada NGO nasionalis di Thailand. Tetapi bila pembangkang ketandusan modal dalam negara, mereka mencari apa sahaja dari luar untuk dijadikan peluru politik.
Malaysia makin dihormati, ASEAN makin bergantung kepada Malaysia, dan hubungan serantau makin stabil. Itulah sebenar-benarnya yang walaun dan PN tidak boleh terima.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.