Lokman Sahkan Pas Ambil Duit Umno
Oleh Mohd Sayuti Omar
Semalam saya mengikuti perbincangan dalam satu chat room yang turut sama disertai Lokman Adam. Lokman mengakui sesuatu yang selama ini dinafikan keras oleh Pas, sehinggakan pihak mula-mula mendedahkan rahsia itu dikutuk, dikecam serta dianggap pemfitnah.
Ianya mengenai pemberian wang oleh Umno kepada Pas bagi menghadapi Piraum 2018. Lokman mengakui bahawa perkara itu betul, dan dia sendiri mengetahuinya sangat kerana ketika itu dia berada di MOF.
Katanya Umno bagi wang membantu Pas dengan janji Pas akan meletakkan calon diseluruh kawasan parlimen. Strategi itu bagi memecahkan undi untuk memenangkan BN, dengan cara itu diharap BN akan menang dan dapat mengekalkan kerajaannya.
Apa yang berlaku menurut Lokman, Pas tidak laksanakan apa dijanjikan itu, sebaliknya menggunakan wang pemberian Umno untuk mempertahankan kerajaanya di Terangganu dan Kelantan. Inilah sikap Pas tidak boleh dipercayai.
Apabila ditanya apakah jumlah wang itu sebanyak RM90 juta seperti mana dihebuhkan, Lokman tidak mengesahkan, sebaliknya menegaskan pemberian itu memang berlaku.
Lokman mendedahkan itu secara tidak langsung apabila mengulas agenda ketua Pemuda Umno Akmal Saleh yang hendak berbaik dan berpakat dengan Pas untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional, yang baginya satu agenda merugikan Umno.
Begitulah lumrah, kebenaran itu datang lambat seperti mana keretapi malam. Trims.-MSO





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.