“Dari Harapan Reformasi ke Liabiliti Parti: Apa Sudah Jadi Pada Rafizi Ramli?”
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, terus menjadi sasaran kritikan apabila didakwa wajar mengundur diri daripada politik susulan pelbagai label negatif termasuk “menteri gagal” dan liabiliti kepada parti sendiri.
Tekanan terhadap beliau semakin memuncak apabila suara-suara kritikal mula datang daripada pelbagai lapisan, termasuk aktivis dan tokoh politik.
Aktivis politik, Faizan Mohd Nor, mendakwa Rafizi kini sinonim dengan gelaran “raja formula yang gagal”, sekali gus mencetuskan kekecewaan dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan.
Menurutnya, janji besar sebelum PRU15 tidak diterjemahkan kepada hasil ketara ketika Rafizi memegang portfolio Menteri Ekonomi.
Antara isu yang menjadi sorotan ialah Program Data Utama (PADU) yang didakwa menelan kos sehingga RM85.27 juta, namun dianggap tidak mencapai impak yang diharapkan.
Malah, kritikan lama Rafizi terhadap skandal National Feedlot Corporation turut dibangkitkan semula, dengan dakwaan ia memberi kesan kepada industri ternakan tempatan.
Kritikan terhadap Rafizi turut disuarakan tokoh lain termasuk Tajuddin Rasdi dan pengasas PKR, Ng Lum Yong, yang menyifatkannya sebagai liabiliti kepada parti dan gagal memenuhi harapan reformasi ekonomi.
Dengan tekanan yang semakin memuncak, kedudukan Rafizi kini dilihat semakin goyah dalam arena politik negara.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.