https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mneruskan Obor Reformasi


1. Saya menyertai Parti Keadilan Rakyat atas keyakinan bahawa KEADILAN bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi simbol perjuangan dan pengorbanan rakyat, keberanian mereka melawan kezaliman, serta cita-cita reformasi demi membina Malaysia yang lebih adil, demokratik dan bermaruah.

2. Hari ini, ketika perjuangan ini sekali lagi diuji dengan pelbagai tekanan, saya tetap berpendirian bahawa tiada sebab untuk saya meninggalkan wadah ini hanya kerana perbezaan pandangan serta kekecewaan.

3. Saya menghormati keputusan mantan Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Saudara Asheeq Ali. Sebagai sahabat, saya percaya bahawa keputusan tersebut merupakan manifestasi hak demokratik beliau yang wajar dihormati, walaupun haluan perjuangan kini sudah berbeza. Selamat maju jaya, Sahabat.

4. Saya teringat kata-kata W.S. Rendra dalam karyanya Paman Doblang (1995):

“ 𝐾𝑒𝑠𝑒𝑑𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑎𝑡𝑎ℎ𝑎𝑟𝑖,
𝐾𝑒𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑢𝑚𝑖,
𝐾𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛𝑖𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑐𝑎𝑘𝑒𝑟𝑎𝑤𝑎𝑙𝑎,
𝐷𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑗𝑢𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑡𝑎- 𝑘𝑎𝑡𝑎.”

5. Kata-kata ini mengingatkan saya bahawa perjuangan memerlukan kesedaran untuk memahami denyut nadi rakyat, kesabaran untuk menghadapi ujian, keberanian untuk terus melangkah, dan yang paling penting, menterjemahkan idealisme kepada tindakan yang nyata.

6. Saudara-saudari, perjuangan ini masih belum selesai. Masih banyak yang belum disempurnakan demi masa depan negara yang lebih baik.

7. Anak muda tidak boleh sekadar menjadi saksi kepada perubahan, tetapi mesti menjadi generasi yang meneruskan cita-cita reformasi ini.

8. Justeru, melalui wadah KEADILAN saya akan terus memperjuangkan aspirasi anak muda dengan penuh keikhlasan serta sedaya upaya saya demi Malaysia tercinta.

9. Panjang umur perjuangan rakyat. REFORMASI!

Salam hormat,
ARIEF IZUADIN

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.