“Reza Pahlavi Mahu Rampas Tehran?”
Nama Reza Pahlavi kini kembali menjadi tumpuan dunia selepas beliau mengeluarkan arahan mengejut menyeru rakyat Iran untuk bangkit merampas tampuk pemerintahan pusat.
Bagi anda yang mungkin baru mengikuti krisis geopolitik ini, siapakah sebenarnya susuk tubuh berusia 65 tahun ini dan mengapa suara beliau masih mempunyai pengaruh besar di Iran?
Berikut adalah fakta penting mengenai Putera Mahkota yang hidup dalam buangan ini:
1. Pewaris Terakhir Raja Iran
Beliau dilahirkan di Tehran pada 31 Oktober 1960 dan merupakan anak lelaki kepada Shah Iran yang terakhir.
Secara rasminya, beliau telah dinamakan sebagai Putera Mahkota seawal usia 7 tahun dan merupakan pewaris sah kepada Peacock Throne (Takhta Merak) sebelum sistem monarki itu digulingkan.
2. Tragedi Kehilangan Takhta Pada Usia 17 Tahun
Laluan beliau untuk menjadi Raja musnah akibat peristiwa Revolusi Iran 1979 yang mengubah landskap politik Timur Tengah selamanya.
Pada usia 17 tahun, Pahlavi meninggalkan Iran menuju ke Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani latihan sebagai juruterbang pesawat pejuang di Texas.
Ketika ketiadaan beliau di tanah air, kerajaan bapanya tumbang dan sistem Republik Islam ditubuhkan, menghalang beliau daripada pulang ke Iran sehingga ke hari ini.
3. Hasrat Berbakti Yang Ditolak Mentah-Mentah
Pahlavi berjaya menamatkan latihan juruterbangnya dan turut memiliki ijazah dalam bidang Sains Politik dari University of Southern California (USC).
Semasa Perang Iran-Iraq meletus pada era 1980-an, beliau secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi juruterbang pejuang demi mempertahankan negaranya. Namun, permohonan itu ditolak oleh kerajaan baharu di Tehran.
4. Perubahan Pendekatan Politik Terkini
Beliau telah menetap di AS selama lebih empat dekad bersama isterinya, Yasmine Pahlavi dan tiga orang anak perempuan mereka.
Selama berpuluh tahun, beliau dikenali dengan imej bersopan-santun, hanya memperjuangkan demokrasi sekular dan penentangan sivil secara aman dari jauh.
Imej diplomatik itu kini dibuang. Pahlavi secara drastik mengarahkan penyokongnya mengibarkan bendera empayar pra-1979 (Singa dan Matahari), melancarkan mogok dan bersedia merampas pusat bandar bagi melancarkan jalan untuk kepulangannya.
5. Dakwaan Sebagai Tali Barut Barat
Titik kontroversi paling besar bagi Pahlavi adalah tanggapan bahawa beliau merupakan boneka atau proksi kepada kuasa Barat.
Kerajaan di Tehran secara terbuka mendakwa seruan kebangkitan terbaru Pahlavi ini adalah pelan B yang didalangi oleh Amerika Syarikat (kem Trump) dan Iss Ra ill (Sentayahu) untuk mencetuskan perang saudara.
Reputasi ini juga dibebani oleh sejarah hitam keluarganya bapanya sendiri (Shah Iran) diangkat menjadi pemerintah mutlak selepas insiden rampasan kuasa tajaan agensi perisikan AS (CIA) dan Britain (MI6) pada tahun 1953 demi mengawal aset minyak Iran.
Hakikatnya mengembalikan sebuah institusi monarki yang mempunyai sejarah panjang sebagai kuda tunggangan CIA dan proksi Barat bukanlah jalan penyelesaian untuk masa depan Iran.
Sejarah telah membuktikan bahawa campur tangan boneka tajaan Washington dan Tel Aviv di Timur Tengah hanya akan membawa lebih banyak masalah bukannya kedaulatan yang sebenar bagi rakyat.
Kredit FB Muhamad Azmi Jamaluddin




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.