https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Tiada Lagi Rumah Terbuka Kerajaan: Langkah Berani Hentikan Tradisi Membazir”


Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Saya faham, rumah terbuka kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pun tak ada.

Bukan sahaja tahun ini, sampai bila-bila pun kerajaan tak perlu buat rumah terbuka sekalipun banyak duit.

Tak tahulah kalau kerajaan negeri PN tetap nak buat juga sebab tak setuju dengan PMX.

Kalau parti, syarikat swasta, grup, geng, individu kaya nak buat, tak ada halangan.

Buatlah, kita ada masa sebulan.

Eh, di rumah terbuka kerajaan, rakyat nak makan free kot?

Banyak kali juga saya pergi rumah terbuka kerajaan sebelum ni.

Sesak, panas, tak ada tempat duduk, bising, susah parking, ketupat pun tak sedap sangat.

Sedap lagi ketupat dan gulai daging di rumah sendiri.

Makan dalam pinggan pakai buang, air basuh tangan tak ada, tisu lap mulut entah mana-mana.

Orang besar tak apa sebab makan dihidang dan dilayan, rakyat biasa makan lemang keras duduk tepi longkang.

Ada sekali rumah terbuka PM di Putrajaya, kami sekeluarga balik begitu saja sebab beratur terlampau lama.

Pendek kata, tak berbaloi langsung.

Banyak sisi negatif berbanding positif.

Oleh kerana perkara ini tradisi berzaman, maka PMX buat pengumuman agar dihentikan.

Ada orang anggap ini perkara remeh, hakikatnya ini penting sebab menghentikan tradisi membazir wang, masa dan tenaga.

Bagus PMX!

22 Ramadan 1447h.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.