“PM Anwar Potong Majlis Raya Kerajaan: Duit Rakyat Dijimatkan Berjuta Ringgit”
Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim baru sahaja umumkan satu langkah yang sangat berani dan drastik hari ni. Tahun ni semua agensi kerajaan, GLC dan GLIC dilarang keras menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri. Batal terus! Kenapa tiba-tiba batal? Bukan sebab tak nak meriahkan raya tapi ini amaran halus untuk kita semua ekonomi dunia tengah tak baik sekarang. Kesan perang di Timur Tengah sedang mengganggu harga minyak dan rantaian ekonomi global.
Kerajaan nak tunjuk contoh berjimat dulu di peringkat atasan sebelum suruh rakyat berjimat. Selalu kita dengar nada rakyat kena bijak berbelanjakan.
Kali ni kerajaan potong bajet mereka dulu. Bayangkan berapa juta ringgit duit rakyat yang dapat dijimatkan bila beratus-ratus agensi dan GLC tak buat open house besar-besaran kat hotel atau dewan mewah.
Duit ni semua disimpan untuk stand by jadi penampan kalau krisis ekonomi makin teruk nanti. Bak kata PM tadi, ini langkah waras supaya kita tak terjebak keadaan yang lebih parah.
Bukan tu je, menteri dan pegawai kerajaan pun dah kena sekat dari pergi lawatan ke luar negara melainkan urusan tu betul-betul wajib.
Kalau peringkat kementerian dan bos-bos GLC pun dah mula cut cost dan berjimat sakan rasanya kita yang marhaen ni pun kena mula beringat sama.
Tahun ni kita sambut raya bersederhana je lah, ukur baju di badan sendiri. Asalkan dapat kumpul dengan keluarga, tu dah cukup bermakna.
Nota tambahan : Kalau nak berjimat dan mencari baju melayu murah bawah RM50 dengan kualiti terbaik saya kongsi kat bawah.
Kredit FB Muhammad Azmi Jamaludin




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.