https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan Politikkan Langkah Perlindungan Rakyat Dalam Krisis Global


1. Pengumuman oleh Anwar Ibrahim pada 26 Mac 2026 jelas merupakan langkah berani dan bertanggungjawab dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global yang semakin meruncing.

2. Malangnya, terdapat pihak pembangkang yang cuba memutar belit fakta dengan menggambarkan seolah-olah langkah ini membebankan rakyat, sedangkan hakikatnya 90 peratus rakyat tidak terjejas langsung.

3. Ini bukan sekadar mengelirukan, tetapi satu kejahatan Politik dan menghasud rakyat memperlekeh usaha serius kerajaan untuk melindungi kepentingan rakyat.

Keputusan Kerajaan Madani mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 membuktikan bahawa kerajaan masih menggunakan sumber negara secara berhemah untuk memastikan rakyat tidak terbeban secara langsung. Dalam masa yang sama, penyelarasan subsidi kepada 200 liter sebulan adalah langkah rasional berdasarkan data penggunaan sebenar rakyat.

4. Pembangkang sengaja menutup fakta bahawa sistem subsidi tanpa had sebelum ini membuka ruang kepada ketirisan besar-besaran, termasuk penyeludupan yang mencecah ratusan juta ringgit setiap bulan.

5. Langkah kawalan diesel di Sabah dan Sarawak pula adalah tindakan perlu bagi memastikan bekalan mencukupi dan tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

6. Persoalan yang perlu dijawab oleh pembangkang adalah mudah:

Adakah mereka mahu kembali kepada sistem lama yang bocor dan menguntungkan penyeludup?

Atau mereka sekadar mahu memancing kemarahan rakyat tanpa menawarkan penyelesaian sebenar?

7. Kerajaan memilih untuk berpijak pada realiti bukan menjual janji mudah yang akhirnya merugikan negara.

Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, Malaysia tidak boleh bergantung kepada pendekatan populis yang tidak mampan. Apa yang diperlukan adalah disiplin, keberanian dan kejujuran dalam membuat keputusan.

Langkah ini mungkin tidak sempurna, tetapi ia adalah langkah yang betul.

MAHFUZ OMAR
NAIB PRESIDEN
PARTI AMANAH NEGARA

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.