https://critoxium.com/shop/

Terkini

Siapa la percaya kat Bloomberg kata Anwar ‘bimbang’ mmg teruk.


Oleh Syam Ghaz

1. Kes Azam Baki kalau ada salah dia kerana miliki saham lebih RM100,000 dan syarikat dia masuk tu pula Velocity Capital yang bagi modal kepada syarikat yang masuk kontrak Kerajaan.

2. Dia beli saham sahaja, bukannya jadi Board of Director dlm syarikat tu. Sebelum isu ni riuh dia dah keluarkan semua saham dulu dah.

3. Tapi kena faham dan jelas jika dia salah, dia kena disiasat bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993, bukan bawah SPRM atau AMLA Polis.


4. Saya bukan nak backup dia, ramai tak suka dia sbb dia disambung sambung kontraknya itu sahaja. Bulan 5 ni tamat, tak perlu sambung dah. Kerajaan bagi orang baru dan tukar sekapal top management SPRM letak semua orang baru terus di post top gun SPRM lagi best dan ideal.

5. Bawah peraturan ni, jika miliki saham lebih RM100,000 kena dpt kebenaran Ketua Jabatan atau bahasa mudahnya Pegawai Kerajaan yang lebih tinggi daripada dia. Jika dia dapat selesai lah.

6. Pembangkang pula memang tak suka dia lah. Sbb zaman dia jadi KP SPRM bekas Perdana Menteri, bekas bekas Menteri dan kes berprofil tinggi masuk lokap. Termasuk kes Tan Sri Muhyiddin Yassin, menantu Hadi Awang, arwah Daim, kes Mahathir, bekas bekas Menteri, bekas Setpol Sanusi dan banyak geng geng PN kena siasat, termasuk kes projek lembu Ahli Parlimen Padang Serai.

7. Dari segi performance dia bagus, kita lihat Indeks Persepsi Rasuah (CPI) mmg jelas RASUAH di Malaysia makin turun daripada tahun 2017/2018 Malaysia duduk di tangga 62/61 dari 182 buah Negara kepada rank ke 52/182 Negara sekarang. Mmg turun la, bukti jelas dia buat kerja.

8. Malaysia ni takda orang lain yang ada integrity atau lebih baik? Ada, cuma nak cari yang berani boleh sumbat Perdana Menteri dalam penjara tak ramai. Malaysia paling teruk CPI masa kes 1MDB, rank 62 tu paling teruk dalam sejarah. Bab ni mmg dia buat kerja.

9. Nak marah dia disambung? Zaman Muhyiddin yang lantik dia, disambung oleh Pak Mail dan Anwar. Hadi Awang jadi Duta dan Rafizi jadi Menteri Kabinet Anwar. Semua sambung dia, takkan benda ini tak bincang dalam Kabinet PN dan Perpaduan? Lepas tu dlm mtg Kabinet tidur, jadi tunggul kayu? Lepas tak jadi Menteri baru hentam, tak adil lah mcm tu.

10. Nak salahkan Anwar 100% sedangkan Anwar yang nak hapuskan RASUAH dan Kejayaan Anwar berjaya naikan CPI lagi bagus. Drpd 62 kepada 52 turun terus! Ini bukti jelas Kerajaan komited nak hapus RASUAH.

11. Tapi nak marah pun, Azam Baki akan tamat bulan 5 ni, dia pun dah bagi hint tak mahu kerja lagi dah. Jadi buat apa serang dia? Kecuali ada motif politik dan nampak dia function teruk kerana berjaya sumbat kes kes berprofil tinggi ke penjara.

13. Pembangkang dan kaki RASUAH mmg tak suka la Azam Baki ni, tapi Rakyat Marhain macam saya sangat suka la RASUAH dihapuskan terus, elok Azam Baki sebelum pencen nanti kutip semua Bekas Menteri, Timbalan Menteri, bekas Setpol dan yg terlibat RASUAH dulu dan yang ada jawatan skrg ni, kutip terus tanpa kompromi. Saya sokong 100%.

14. Balik bab Bloomberg banggang, ada ke buat tajuk mcm tu. Nampak jelas Bloomberg ni habis modal, memang dibayar dan nak jahanamkan Imej Anwar di mata dunia. Tapi tak berjaya, kes perang Iran dan US dan kejayaan Anwar urus impak harga minyak di Malaysia naikan lagi Imej Anwar di mata dunia.

15. Bendanya sangat simple, kes Azam ni salah dia sbb miliki saham lebih RM100k, bukannya kes RASUAH. Kesalahan dia bawah Peraturan Penjawat Awam ja. Jadi kes mcm ni, disiasat oleh Penjawat Awam, kena Buat Domestic Inquiry (DI).

16. DI ni ada flow, mula mula kena Show Cause Latter, untuk dia jawab. Peraturan bagi Azam Baki 21 hari, itu standard! Kena bagi juga keadilan dan hak untuk bela diri juga kepada pihak yang dituduh, bukan main hukum serkap jarang mcm zaman Mahathir je. Tempoh ini la yang Bloomberg pertikai.

17. Mana mana Pegawai Kerajaan pun kena hadap prosedur ni. Yang feed maklumat kepada Bloomberg tu mmg bodoh. Ini dia tak baca. Nak main naratif sempit ja, pedajal orang dan jejaskan Imej Anwar je tahu. Kalau kena kat keluarga, kawan dan kenalan baik kau sendiri baru kau tahu, bila tidak diberikan hak untuk membela diri.

18. Jadi kes Azam Baki ni diuruskan oleh Penjawat Awam, yang lagi tinggi dari Azam Baki ni di kalangan penjawat awam ada 3 orang ja, Tan Sri KSN, Peguam Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Semua mereka ni dlm Jawatankuasa Siasatan Khas dah. Jadi salah kot mana Anwar bentuk Jk Khas ni? Dah betul Anwar ikut flow dan peraturan. Kecuali la Azam Baki pow duit RASUAH dan haram, itu baru kena under Akta SPRM atau AMLA. Ini tidak.

19. Bab Victor Chin, rujuk satu satu. Polis Bhgn AMLA under Kementerian Dalam Negeri dah ambik tindakan terus, zaman Anwar jadi Kerajaan je berani tangkap Victor Chin ni pada 15 Oktober 2025 - 13 Januari 2026, iaitu SEBELUM dia dedah kononnya dah suap si bodoh dalam PKR RM9 juta lebih tu. Sebenarnya lepas dia kena tangkap tu la baru dia riuh. Bukannya lepas dia dedah kena tangkap. Jika betul ada penerima duit tu, dedah ajelah flow money trail dan bukti bukti detail, bukan umum ja.

20. Rafizi dalam Podcast Jumaat lepas kata kenapa Saifuddin di KDN tak ambik tindakan (bab mafia Korporat)? Nak Ambik tindakan kena ada siasatan dan bukti kukuh. Negara ada undang undang. Skrg KDN dan Polis dah ambil tindakan, kenapa tak puji Kerajaan, KDN dan Polis pula? Bahaya main politik persepsi.

20. Sedangkan zaman Najib, Mahathir, Muhyiddin, Ismail tak tapau habis, sekarang ni kutip habis Victor Chin dan 10 orang lagi. Ini kejayaan dan komitmen Kerajaan sekarang komited banteras RASUAH. Bukti jelas Anwar tak setongkol dgn mana mana perasuah, yang salah kena hukum, yang kena zalim dibela. 




Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.