Kenyataan Abdul Hadi Disifatkan Tidak Beradab, Istana Selangor Murka
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang disifatkan tidak memahami secara menyeluruh titah baginda sebelum ini.
Kenyataan tersebut dipercayai menyentuh pelbagai pihak termasuk Raja-Raja Melayu, sekali gus mencetuskan polemik sensitif melibatkan agama dan institusi diraja.
Menurut Selangor Royal Office, baginda telah mengutus surat kepada Abdul Hadi bagi menyatakan pendirian rasmi.
Kenyataan yang dibuat itu turut dianggap tidak beradab dalam budaya Melayu kerana menyentuh institusi raja secara sinis, selain berpotensi mengelirukan masyarakat dan mencetuskan kegelisahan dalam kalangan umat Islam.
Istana turut menegaskan bahawa kenyataan sedemikian boleh membawa kepada perpecahan, khususnya dalam kalangan orang Melayu.
Baginda mengingatkan bahawa kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara serta Islam sebagai agama Persekutuan telah termaktub sejak sekian lama dan tidak wajar dipersoalkan secara sembarangan.
Dalam masa sama, Sultan Selangor menasihatkan semua ahli politik agar tidak memperalatkan agama demi kepentingan politik.
Baginda menegaskan bahawa menjaga adab, menghormati institusi diraja dan memelihara keharmonian negara adalah tanggungjawab bersama yang tidak boleh dipandang ringan.~Arus Malaysia




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.