Pesan Bang Mat: Beli Secara Cermat, Elak Gangguan Pasaran
Malam tadi dalam rancangan Bicara Naratif, Bang Mat ditanya: stok beras kita boleh tahan sampai bila?
Jawapan saya, insya-Allah cukup sampai hujung tahun, asalkan kita tak panik membeli atau sorok stok.
Nak bagi senang faham, kalau biasa kita beli 1 beg 10kg sebulan, jangan tiba-tiba beli sampai 4 beg. Kalau semua orang buat macam tu, JANGKA HAYAT stok akan cepat habis. Dari situ, pasaran boleh jadi tak stabil.
GANGGUAN PASARAN ni jangan ambil ringan. Barang yang cukup boleh jadi tak cukup. Stok yang boleh tahan 6 bulan, boleh habis dalam 2 bulan saja. Bila bekalan makin kurang, harga pula akan naik. Yang paling terasa kesannya ialah golongan yang pendapatan mereka cukup-cukup makan.
Sebab itu Bang Mat nak tekankan sekali lagi... jangan panik, jangan simpan stok berlebihan. Bertenang, dan mula berjimat dari sekarang.
Mudahnya, kata kunci dia:
berjimat cermat untuk panjangkan JANGKA HAYAT.
Dalam konteks makanan, kita berjimat supaya jangka hayat stok yang ada boleh bertahan lebih lama untuk semua orang.
Lepas tu ada pula yang tanya... kalau beras cukup sampai hujung tahun saja, lepas tu macam mana?
Jawapannya begini.
Kita memang dah ada stok penimbal beras. Cara ia diurus pun jelas, setiap kali stok dikeluarkan, ia akan diganti semula dengan stok baharu. Maknanya, kalau hari ini kita keluarkan 1,000 MT beras, kita akan tambah balik 1,000 MT beras itu dalam masa terdekat.
Jadi tak perlu risau sangat. Sistem ini memang direka supaya bekalan sentiasa berterusan.
Yang penting, kita semua beli seperti biasa, jangan panik, dan kali ni lebih berjimat cermat. Beli apa yang perlu sahaja.
Insya-Allah, kalau semua main peranan, kita boleh hadapi situasi ini dengan tenang dan terkawal.
#KrisisTenagaGlobal
#JimatCermat
#PanjangJangkaHayat
#CukupDanTerjamin
#KitaBoleh




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.