Negara kita terlalu kuat berpolitik.
Oleh Mohd Yusri Ibrahim
Siang malam sepanjang tahun berpolitik, langsung tiada rehat tiada tempoh bertenang.
Berbeza dengan negara2 maju, mereka hanya berpolitik pada musim pilihan raya.
Selepas tamat pilihan raya mereka bersatu bangunkan negara.
Bila tiba lagi musim pilihan raya, mereka akan berpolitik semula.
Bagi mengatasi masalah ini, mungkin kita boleh pinda sedikit perlembagaan.
Tarikh pilihan raya umum ditetap siap2, tiada lagi elemen kejutan.
Apabila tamat sahaja pilihan raya umum dan bentuk kerajaan, terus ditetapkan tarikh untuk pilihan raya umum yang seterusnya.
Parti2 politik tidak bimbang pilihan raya diadakan tiba2 tanpa mereka sempat bersedia.
Akibat mereka bimbang pilihan raya diadakan pada bila2 masa inilah mereka sentiasa berpolitik pada gear tinggi sepanjang masa.
Lagi satu, penamaan calon boleh diadakan lebih awal, contohnya tiga bulan sebelum pilihan raya.
Ini membolehkan pengundi menilai kompetensi calon sebaiknya.
Susah untuk calon2 pilihan raya berlakon dalam tempoh lama sebegitu, berbanding sekitar 14 hari dalam amalan sekarang.
Ini salah satu cara untuk kita kurangkan sedikit politiking, mungkin ada banyak cara lain lagi.
Supaya kita kembali kepada falsafah unggul politik, iaitu politik bina negara.
Bukan politik kurang unggul, iaitu politik meletakkan kepentingan parti dan puak sendiri adalah segala-galanya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.