PM Najib Patut Letak Jawatan
Sekiranya Malaysia telah memiliki indeks integriti yang membanggakan
bukan seorang menteri kanan tetapi perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib
sepatutnya meletakan jawatan.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, imej dan maruah
negara terjejas kerana isu "Malaysian Official No 1" (MO1) dan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
"Imej dan maruah negara terjejas kerana isu MO1 dan 1MDB bukan satu
tohmahan yng tidak berasas tetapi isu ini telah menjadi bhan lawa
dikalangan masyarakat antarabangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas mengenai viral twitter oleh Menteri Besar Datuk Seri
Mohd Azmin Ali pada Jumaat lalu, yang menyatakan seorang menteri kanan
akan meletakkan jawatan kerana enggan bersubahat mengenai isu berkaitan
1MDB.
Bagaimanapun tweet Azmin ini telah menimbulkan pelbagai andaian
antara menteri yang akan meletakkan jawatan di kalangan blogger dan
pengamal media sosial.
Antara nama disebut-sebut Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman,
Datuk Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah),
Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).
Justeru kata Salahuddin lagi sekiranya isu sama berlaku di luar
negara sudah pasti perdana menteri dan menteri mereka sudah meletakkan
jawatan kerana integriti yang diamalkan.
"Sekiranya isu pengkhianatan terhadap amanah dan urustadbir MO1 dan
1MDB berlaku di negara yang mengamalkan integriti tahap cemerlang
seperti Iceland, New Zealand,Jepun, Sweden dan Singapura, sudah pasti
Presiden, Perdana Menteri dan Menteri mereka telah meletakan jawatan
demi memelihara integriti dan maruah bangsa dan negara mereka," ujarnya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.