Tiga gempa bumi landa Luzon, Filipina
MANILA: Tiga gempa bumi yang bermagnitud 5.0 hingga 5.9 melanda wilayah Batangas di pulau utama Filipina, Luzon hari ini.
Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa-gempa berkenaan yang terjadi kira-kira 90 kilometer di selatan Manila, berlangsung selama 20 minit.
Seorang wartawan Reuters yang berada di situ merasai gegaran selama lebih seminit di daerah perniagaan Makati, Manila.
Rantau itu telah mengalami beberapa gegaran sejak awal minggu ini.
Tiada apa-apa kecederaan atau kerosakan yang dilaporkan setakat ini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.