Sejarah tetap sejarah, fakta tetap fakta.
Oleh Zin Mahmud
Ada banyak orang Islam Malaysia yang memandang zaman khalifah Islam itu adalah indah. Maka tidak hairanlah buku buku mengenai Uthmaniah dalam bahasa Melayu menceritakan kisah baik baik saja. Mengenai kepahlawanan dan kemenangan Islam. Sementara pemuka sekular Kamal Attaturk dikecam habis habis.
Tetapi sejarah sebenarnya tidak begitu. Ada banyak perkara buruk berlaku dalam khalifah Islam.
Bukan saja Uthmaniah, tetapi juga Umayah dan Abasiah. Manusia tetap manusia. Ada yang baik ada yang jahat. Walaupun beragama Islam. Tidak semua apa yang Kamal Attaturk lakukan adalah buruk. Kepimpinannya berjaya mengalahkan tentera Barat dan menghalang Turki dijajah.
Kalaulah ada buku dalam bahasa Melayu mengenai keburukan pemerintahan khalifah, aku rasa ia takkan laku. Tetapi sejarah dan fakta memang macam itu. Tidak semuanya pihak yang kita sokong itu indah dan betul. Aku pun sukar untuk membaca kisah kisah zaman kejatuhan Islam di Turki dan India. Kerana hatiku akan turut beraasa pilu. Tapi itulah sejarah dan fakta.
Sebab itulah ada orang Islam Malaysia bantah hasrat Astro hendak menayangkan siri mengenai khalifah Uthmaniah. JAKIM pun fikir siri itu tidak elok ditayangkan di Malaysia. Bantahan itu dibuat kerana siri The Magnificient Century itu menghina Islam. Sebenarnya bukannya Islam yang terhina.
Orang Islam yang sensitif dan rasa terhina. Islam sendiri tidak akan terhina. Ini kerana perbuatan orang Islam dalam sejarah menjadikan orang Islam rasa terhina.
Tetapi sejarah tetap sejarah. Fakta tetap fakta. Ia mengajak kita berfikir. Sejarah adalah pengajaran.
Maka orang Islam Malaysia terlepas peluang dapat menonton suatu siri sejarah kerana dibatalkan untuk mengelak diri daripada rasa terhina.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.