Peratusan keluar mengundi di UM bayangan PRU14?
Keputusan pilihan raya kampus
Universiti Malaya (UM) semalam mencatatkan kemenangan bergaya kumpulan
prokerajaan yang mengatasi penyokong promahasiswa.
Kumpulan pro-Najib Razak yang digelar Penggerak Mahasiswa memenangi 29 kerusi, berbanding promahasiswa yang didominasi Angkatan Mahasiswa, Demokrat UM dan Persatuan Belia Baru UM (Umany) hanya tujuh kerusi.
Berdasarkan angka rasmi semalam, faktor terbesar menyumbang kepada kekalahan kumpulan promahasiswa adalah peratus keluar mengundi yang amat rendah iaitu sekitar 64.97 peratus saja.
Daripada jumlah itu, sebahagian besar diisi oleh mahasiswa tahun pertama yang masih baru dengan politik kampus. Sementelah mahasiswa tahun kedua dan ketiga - rata-ratanya berpengalaman dan faham selok-belok pentadbiran universiti - mengambil sikap tidak mengundi.
Fenomena
ini amat membimbangkan. Kecenderungan anak muda yang masak tentang
politik dan segala skandal yang membelit ekonomi negara untuk berdiam
diri bakal menjadi malapetaka yang akan mengekalkan Najib selepas
pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Jangkaan terburuk ini - walau pahit untuk ditelan - merupakan kemungkinan tertinggi jika pola peratusan keluar mengundi yang rendah itu berlanjutan hingga ke hari pembuangan undi.
Maka sesuatu perlu dilakukan. Memahami bahawa ramai anak muda muak dan sedang menjauhkan diri daripada politik, kita - anak muda juga - perlu mengubah landskap politik semasa.
Politik perlu bergerak dari medan yang dibenci kepada ruang yang dicintai.
Kecintaan pada politik hanya wujud dengan kerja-kerja pembelaan terhadap majoriti rakyat yang susah, serta diadun dengan idea-idea polisi berorientasikan kekeluargaan dan komuniti.
Semua ini tidak akan berlaku jika anak muda tidak turun tangan. Sama ada di dalam atau di luar parti politik, kerja-kerja untuk memastikan peratusan keluar mengundi tertinggi untuk PRU14 nanti adalah kerja semua daripada kita.
Jika gagal, yang menanggung akibatnya juga adalah kita - anak muda. Justeru bentuklah kumpulan-kumpulan kecil dan bergeraklah.
Usah ditunggu mereka yang mahu terus menunggu. Kerana kita bukan sekadar pungguk yang hanya mampu merindukan bulan.
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN ialah naib ketua Pemuda Parti AMANAH Nasional.
Kumpulan pro-Najib Razak yang digelar Penggerak Mahasiswa memenangi 29 kerusi, berbanding promahasiswa yang didominasi Angkatan Mahasiswa, Demokrat UM dan Persatuan Belia Baru UM (Umany) hanya tujuh kerusi.
Berdasarkan angka rasmi semalam, faktor terbesar menyumbang kepada kekalahan kumpulan promahasiswa adalah peratus keluar mengundi yang amat rendah iaitu sekitar 64.97 peratus saja.
Daripada jumlah itu, sebahagian besar diisi oleh mahasiswa tahun pertama yang masih baru dengan politik kampus. Sementelah mahasiswa tahun kedua dan ketiga - rata-ratanya berpengalaman dan faham selok-belok pentadbiran universiti - mengambil sikap tidak mengundi.
Fenomena
ini amat membimbangkan. Kecenderungan anak muda yang masak tentang
politik dan segala skandal yang membelit ekonomi negara untuk berdiam
diri bakal menjadi malapetaka yang akan mengekalkan Najib selepas
pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.Jangkaan terburuk ini - walau pahit untuk ditelan - merupakan kemungkinan tertinggi jika pola peratusan keluar mengundi yang rendah itu berlanjutan hingga ke hari pembuangan undi.
Maka sesuatu perlu dilakukan. Memahami bahawa ramai anak muda muak dan sedang menjauhkan diri daripada politik, kita - anak muda juga - perlu mengubah landskap politik semasa.
Politik perlu bergerak dari medan yang dibenci kepada ruang yang dicintai.Kecintaan pada politik hanya wujud dengan kerja-kerja pembelaan terhadap majoriti rakyat yang susah, serta diadun dengan idea-idea polisi berorientasikan kekeluargaan dan komuniti.
Semua ini tidak akan berlaku jika anak muda tidak turun tangan. Sama ada di dalam atau di luar parti politik, kerja-kerja untuk memastikan peratusan keluar mengundi tertinggi untuk PRU14 nanti adalah kerja semua daripada kita.
Jika gagal, yang menanggung akibatnya juga adalah kita - anak muda. Justeru bentuklah kumpulan-kumpulan kecil dan bergeraklah.
Usah ditunggu mereka yang mahu terus menunggu. Kerana kita bukan sekadar pungguk yang hanya mampu merindukan bulan.
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN ialah naib ketua Pemuda Parti AMANAH Nasional.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.