SUASANA pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah
yang menjadi lokasi persemadian 11 mangsa tragedi kebakaran pusat
tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu 23 nyawa termasuk guru
di pusat tahfiz terbabit rentung selepas tingkat tiga bangunan pusat
tahfiz yang menjadi tempat tidur mereka terbakar.
Antara yang dikebumikan di tanah perkuburan itu termasuk tiga beradik
Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd
Harris Ikhwan, 10.
Lapan jenazah lagi dikebumikan di enam tanah perkuburan berasingan di
sekitar Lembah Klang, dan tiga lagi dikebumikan masing-masing di
Seremban, Negeri Sembilan; Pengkalan Kubor, Kelantan dan Sungkai, Perak.
Ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa mengusung
jenazah sebagai penghormatan terakhir kepada mangsa kebakaran pusat
tahfiz ketika jenazahnya baru tiba dari HKL ke Tanah Perkuburan Islam
Raudhatul Sakinah, Gombak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor
Hussain, 15 September, 2017.Ahli keluarga mengusung keranda yang membawa
jenazah mangsa kebakaran pusat tahfiz untu dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, hari ini. – Gambar The Malaysian
Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 September, 2017.Salah seorang ahli keluarga mangsa tidak dapat
menahan sebak ketika urusan pengebumian sedang berlangsung.– Gambar The
Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 September, 2017.Suasana sedih menyelubungi pengebumian mangsa
kebakaran pusat tahfiz di Tahan Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, hari
ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 September,
2017.Ahli keluarga mengusung keranda yang membawa
jenazah mangsa kebakaran pusat tahfiz untuk dikebumikan. – Gambar The
Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 September, 2017.Pekerja menggali 11 liang lahad untuk urusan
pengebumian mangsa kebakaran pusat tahfiz di Tanah Perkuburan Islam
Raudhatul Sakinah, Gombak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor
Hussain, 15 September, 2017.Ahli keluarga dan rakan-rakan menunggi ketibaan
jenazah yang dibawa dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan. –
Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.Antara ahli keluarga mangsa mengambil wuduk untuk
meneruskan bacaan Yasin untuk disedekahkan kepada mangsa kebakaran pusat
tahfiz sementara menunggu ketibaan jenazah. – Gambar The Malaysian
Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.Orang ramai yang mengikuti perkembangan tragedi
yang mengorbankan 23 nyawa hadir di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul
Sakinah Gmbak di mana 11 jenazah mangsa dikebumikan hari ini. - Gambar
The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.11 liang lahad digali untuk persemadian mangsa
kebakaran pusat tahfiz di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah,
Gombak.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15
September, 2017.Ahli keluarga dan rakan mangsa kebakaran pusat
tahfiz hadir ke tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir.–
Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.Ahli keluarga mangsa sebak ketika melihat jenazah
diturunkan ke liang lahad pada pengebumian mangsa kebakaran pusat tahfiz
di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, hari ini.– Gambar The Malaysian
Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.Pelajar tahfiz turut hadir bagi memberikan
penghormatan terakhir kepada 11 mangsa kebakaran yang dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak hari ini. – Gambar The
Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 September, 2017.Seorang lelaki mengangkat sepanduk yang tertera
nama salah seorang mangsa kebakaran pusat tahfiz di Tanah Perkuburan
Raudhatul Sakinah, Gombak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor
Hussain, 15 September, 2017.
Ahli keluarga mangsa dan kakitangan hospital
membantu memasukkan jenazah ke dalam kereta jenazah untuk dibawa ke
tanah perkuburan bagi urusan pengebumian.
Perjalanan akhir korban tahfiz terbakar
Reviewed by Editor Bebas
on
September 15, 2017
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh,Fathi Aris Omar Sebenarnya TS Abdul Hadi Awang lebih tidak popular berbanding anak didiknya DS Dr Samsuri Mokhtar. Walaupun dalam kalan...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.