Persepsi Tentang Islam
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Apa yg orang Islam buat, walaupun dianggap biasa, ia tak boleh lari drpd persepsi terhadap Islam, sama ada positif atau negatif. Persepsi memberi kesan tersendiri dalam interaksi dan dakwah.
2. Persepsi positif memudahkan proses dakwah, begitulah sebaliknya. Sebab itu, dalam isu dobi, ia bukan isu najis saja, dan bukan juga isu hak peribadi, tapi isu persepsi terhadap Islam.

3. Saya pernah memasukkan RM1 ke dalam mangkuk seorang yg berpakaian
sami di Puduraya suatu ketika dulu. Alah... seringgit je pun, bagi dgn
tak bagi serupa saja dari sudut nilai duit.
4. Tapi saya terkejut dgn reaksi lelaki berpakaian sami itu apabila dia mengucapkan terima kasih berkali-kali kpd saya. Kerana seringgit? Saya rasa tidak, tetapi kerana lelaki itu tahu saya muslim dan beri duit kepadanya yg bukan muslim.
5. Isu dobi itu kecil dilihat dari sudut hukum fiqh Islam, tapi ia besar dari sudut persepsi non muslim terhadap Islam. Ia juga kecil dari sudut individu pemilik premis dobi itu, tapi ia besar dari sudut tindakan pemilik premis dobi itu dinilai mewakili sikap orang Islam.
6. Gambarkan, jika selepas saya memasukkan seringgit ke dlm mangkuk lelaki tadi, saya hulur tangan bersalam dengannya, kemudian saya basuh tangan di hadapannya, apa reaksi lelaki itu? Saya fikir, kejadian itu tidak terhenti di situ tetapi lelaki itu akan bercerita pula kpd teman-temannya yg lain.
7. Saya tak akan terima apa-apa akibat secara personal, sebab lelaki itu tak kenal saya, tapi dia tahu agama saya. Maka, yg akan terima persepsi buruk ialah agama saya. Kejadian itu menyebabkan fitnah kpd Islam, dan di situlah isu basuh tangan itu menjadi isu besar.
8. Demikian halnya dgn isu premis dobi itu. Ia sudah berkembang menjadi isu persepsi terhadap Islam bukan lagi isu najis atau premis peribadi.
9. Apabila seorang badwi kencing dlm masjid Nabi, dan Nabi memerintah disimbah air ke atasnya, ia bukan sekadar isu najis air kencing tapi isu interaksi antara seorang insan dgn insan yg lain.
10. Gambarkan jika Nabi membiarkan sahabat keronyok badwi itu, dan badwi itu pulang ke kampongnya, apa yg dia sampaikan kepada orang kampongnya? Begitulah aksi selepas persepsi, positif atau negatif.
11. Kita kata, aahh... non muslim juga bersikap tidak baik dgn kita. Tengok, hanya ambil pekerja yg pandai berbahasa mandarin saja utk syarikat mereka. Apa persepsi kita terhadap tindakan itu? Negatif kan? Begitu juga persepsi mereka kpd kita dlm isu premis dobi ini.
12. Islam akan kelihatan indah apabila dipersembahkan dgn indah. Al-Quran adalah kalam Allah, kalam yg sangat indah, tapi jika dipersembahkan dgn cara yg hodoh, keindahan al-Quran akan tersirna. Demikianlah dgn keseluruhan ajaran Islam.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.