Cabaran kebangkitan gerakan Islam
DI SELURUH dunia Islam hari ini, dari
utara Afrika hingga ke Asia Tenggara,
gerakan Islam berdepan dengan cabaran
dan tekanan kuat dari segenap
sudut.
Golongan penentang daripada kalangan umat Islam sendiri mahu pun daripada kalangan bukan Islam bersungguh- sungguh mahu memastikan gerakan politik Islam tidak dapat menguasai pemerintahan negara.
Di banyak negara Islam seperti di Asia Barat, pemerintah ialah daripada kalangan raja-raja yang bersahabat dengan kuasa Barat.
Di sesetengah negara lain pula, pemerintah terdiri daripada kelompok sekular yang juga bersahabat dengan Barat dan berpendirian sekular.
Di rantau Asia Barat, semua pemerintah ini bekerjasama sesama mereka, dan menjadikan gerakan Islam sebagai musuh utama, seperti halnya di Mesir dan Emiriyah Arab Bersatu.
Pada masa yang sama, kerajaan-kerajaan ini juga semakin bersedia untuk bekerjasama dengan Zionis, dengan harapan dapat bersama-sama memusnahkan gerakan Islam.
Ini semua berlaku pada masa yang sama mereka menyebarkan fahaman-fahaman sekular dan liberal, dengan aktivis liberal berkiblat Barat dengan amat gigih menyebarkan fahaman liberal mereka kepada umat Islam seperti yang berlaku di Malaysia.
Diperhatikan sejak awal dekad ini, semua musuh gerakan Islam telah meningkatkan usaha menghapuskan gerakan Islam, lebih-lebih lagi apabila disedari potensi gerakan Islam dalam pilihan raya.
Di Palestin, musuh-musuh sentiasa berpakat untuk melemahkan gerakan Islam di sana, melalui sekatan dan pelbagai bentuk tekanan lain, sehingga akhirnya gerakan Islam terpaksa berkompromi, walaupun tidak sepenuhnya.
Di negara-negara Arab, yang sebahagian besarnya sekutu Barat, gerakan Islam diberikan label pengganas oleh pemerintah sekular, untuk melemahkan gerakan Islam dan meneruskan kelangsungan pemerintahan sekular mereka.
Di Malaysia, serangan liberal semakin kuat, mempengaruhi ramai yang kurang berilmu, sehingga mesej mereka menampakkan gerakan Islam PAS sebagai ekstrem.
Perkembangan ini menuntut tindakan yang lebih menyeluruh daripada gerakan Islam, daripada terlibat dalam pilihan raya hingga kepada penyebaran ilmu bagi menangani serangan musuh-musuh gerakan Islam.-Editorial harakah

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.