Najib dan BN tidak perlu jadi kerajaan
Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kerajaannya tidak perlu lagi berada di Malaysia jika terus menyusahkan rakyat, bidas Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad Tegasnya ini kerana, rakyat memilih mereka untuk memikirkan masalah mereka bukannya menaikkan harga minyak setiap minggu.
“Nampaknya Najib tak fikirkan masalah rakyat sebab beliau sendiri pun tidak pernah merasa hidup susah.
“Dia tidak boleh fikirkan apa yang rakyat rasa sekarang sepatutnya dia kena fikir bagaimana untuk memudah cara hidup rakyat,” katanya.
Bidasnya, gaji yang dibayar kepadanya setiap bulan sepatutnya dimanfaat dengan memikirkan masalah rakyat .
Jadi katanya, tidak usah lagi beliau menjadi kerajaan jika tidak mampu tangani masalah rakyat.
Beliau berkata, sepatutnya dalam menangani masalah kenaikan harga minyak kerajaan BN kembalikan subsidi kepada rakyat untuk menstabilkan harganya.
Menurutmya, disebabkan kesan harga minyak yang tinggi, harga barang terus melambung.
“Kerajaan tidak dapat kawal lagi harga barangan kerana ia berpunca daripada harga minyak yang tinggi,” katanya
Oleh itu katanya, kerajaan perlu mencari jalan untuk membantu rakyat di waktu ini.
Contohnya beliau berkata, buat pemotongan ke atas bajet-bajet yang tidak mempunyai keperluan atau kepentingan untuk rakyat. Malaha katanya, banyak sangat janji-janji BN kepada rakyat yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Jika subsidi minyak dikembalikan semula katanya, seluruh rakyat Malaysia dapat menikmatinya

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.