Kamu sembang besar, rakyat kena tempias
Oleh NAZIRAH NASRUN
KUALA LUMPUR: Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh yang berlaku di Pulau Pinang dalam jangka waktu daripada 15 September hingga 4 November baru-baru ini adalah satu rekod baharu kebangsaan.
"Simpati kita kepada rakyat kebanyakan yang basah terkena tempias
air liur yang tersembur dari mulut orang suka sembang besar bernama Lim
Guan Eng!" bidas Dr Azman.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh yang berlaku di Pulau Pinang dalam jangka waktu daripada 15 September hingga 4 November baru-baru ini adalah satu rekod baharu kebangsaan.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, agak
sukar bagi mana-mana negeri lain untuk memecahkan 'rekod' ini.
"Dalam suasana cuaca yang tidak menentu ditambah pula kita masih
dalam edah musim tengkujuh sekarang, kebarangkalian untuk angka ini
terus meningkat adalah tinggi.
"Saya tidak berhasrat hendak mengucapkan tahniah kepada Lim Guan
Eng atas pencapaian 'rekod yang memberansangkan' ini kerana yang menjadi
mangsa adalah rakyat. Yang terkorban juga rakyat," ujar beliau kepada
Harakah hari ini.
Apabila menjejakkan kaki ke Pulau Pinang katanya, dengan mudah
sesiapa pun akan dapat melihat bagaimana kondominium serta apartment
mewah di lereng-lereng bukit; tumbuhnya lebih rancak dari cendawan yang
muncul selepas hujan.
Ini adalah menurutnya, gaya hidup masa kini, 'trend' kehidupan gaya
mewah yang hanya mampu dilihat oleh warga Melayu penduduk asal Pulau
Pinang.
"Guan Eng mempunyai kuasa dan wang, maka semua itu mampu mereka
gapai. Namun ada ketikanya lantaran kerakusan menarah lereng dan tebing
bukit untuk pembangunan dengan bermodalkan kuasa dan wang akan
menyebabkan alam memberontak.
"Ketika inilah kalau manusia mahu sedar; betapa kerdilnya diri
mereka berdepan dengan kuasa alam. Kalau tidak mahu insaf juga maka
terpulanglah," ulas beliau.
Terangnya, Allah telah jelaskan kepada hambanya di dalam Al-Quran
bahawa bukit-bukau adalah pasak yang mengukuhkan dan menstabilkan muka
bumi.
Menganggu pasak jelasnya, bermakna menggugat 'baji' yang menguatkan
bumi di mana hasilnya jelas dan nyata lalu dapat dilihat oleh semua
orang.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.