Mahu KUIN segera capai taraf universiti
ALOR SETAR: Kerajaan negeri
diharapkan dapat giatkan usaha untuk mendapat jumlah 20 peratus pelajar
luar negara bagi memenuhi syarat kelulusan pengikhtirafan Kolej
Universiti Insaniah (KUIN) sebagai universiti penuh.
Demikian antara saranan Ustaz Mohd Azam Abd Samat (Sungai
Limau-PAS), ketika mengemukakan soalan tambahan pada Sidang Dun Kedah
hari ini.
Katanya lagi, dengan kadar jumlah pelajar KUIN sekarang bukanlah
perkara sukar bagi pihak kerajaan untuk mencapai target berkenaan,
apatah lagi sejak kebelakangan ini kemasukan pelajar ke kolej berkenaan
agak menurun.
"Perkara ini berbeza jika dibandingkan pada tahun 2010 hingga 2012 menunjukkan jumlah kemasukan pelajar yang memberangsangkan.
"Pada tahun 2010, KUIN menerima kemasukan pelajar mencecah sehingga
2,600 orang, diikuti pada 2,200 orang pada tahun 2011, dan pada 2012
seramai 1,700 orang.
"Ini berbeza dengan pencapaian sekarang yang hanya mencatatkan
kemasukan paling tinggi seramai 1,538 orang pada tahun 2015," ujar
beliau.
Sementara itu utaranya, walaupun pihak kerajaan mengumumkan empat
dari lima syarat telah dipenuhi, hakikat tidak boleh dinafikan dan perlu
diakur ialah KUIN mempunyai kampusnya sendiri.
Perkara tersebut telah direalisasikan oleh pemerintahan terdahulu
di bawah pentadbiran Al-Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Katanya lagi, walaupun beliau menghadapi pelbagai rintangan dan
cabaran serta cubaan pihak tertentu yang mahu menggagalkan hasrat murni
itu, namun rakyat Kedah boleh berbangga dengan kejayaan berkenaan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.