Oxford lucut anugerah kehormat Suu Kyi
ANUGERAH kebebasan kehormat Oxford Aung San Suu Kyi telah dilucutkan
kerana kegagalannya mengambil sebarang tindakan dalam krisis Rohingya.
"Apabila Aung San Suu Kyi diberi kebebasan kehormat pada 1997, ia kerana beliau melambangkan nilai toleransi dan sifat keantarabangsaan Oxford," kata Majlis Bandaraya Oxford dalam satu kenyataan
"Hari ini kami mengambil tindakan melucutkan anugerah kehormat itu selaras dengan sikap tidak acuh beliau berhubung penderitaan etnik Rohingya," tambah kenyataan itu yang disiarkan selepas undi sebulat suara.
"Reputasi kami terjejas kerana memberi anugerah itu kepada individu yang menutup mata terhadap kekejaman yang dilakukan tentera negaranya."
Mendiang suami Suu Kyi, Michael Aris, adalah bekas pensyarah jurusan Sejarah Asia di universiti terbabit dan pasangan itu turut membesarkan dua anak mereka di bandar Oxford.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih daripada 620,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos dan kini hidup sengsara di kem pelarian terbesar di dunia selepas tentera Myanmar mengenakan tindakan keras ke atas mereaka. PBB dan Washington berkata ia jelas "pembersihan etnik". – AFP

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.