https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pekerja hotel di Pulau Pinang boleh bertudung

Oleh

PERSATUAN Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang berkata hotel-hotel di negeri itu tiada polisi menentang pekerja wanita mereka memakai tudung.

Presidennya, Khoo Boo Lim berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menghubunginya untuk melahirkan rasa prihatin tentang polisi itu yang dianggap melanggar hak asasi manusia.

"Tiada hotel di Pulau Pinang yang melarang pekerja wanita memakai tudung.

"Saya ingin berterima kasih kepada ketua menteri atas keprihatinan beliau dan menegaskan hotel-hotel di Pulau Pinang mengalu-alukan wanita Islam yang mahu bertudung.

"Kami juga berkongsi kepercayaan dengan ketua menteri iaitu wanita Islam harus dinilai berdasarkan prestasi mereka, iaitu ia tiada kaitan sama ada mereka bertudung atau tidak," katanya pada sidang dewan undangan negeri hari ini.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) baru-baru ini mendedahkan kakitangan hotel mengadu kepada mereka mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam yang diarahkan menanggalkan tudung mereka.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cheah Swee Hee mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan dengan hujah bahawa ia sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

Khoo berkata Cheah menyangkal laporan itu dan berkata kata-katanya telah disalah tafsir.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.