Pemurah sifat lelaki, kedekut sifat perempuan
SOALAN: Ada orang kata,
pemurah itu sifat lelaki,
manakala kedekut pula sifat
perempuan. Jadi boleh Ustaz
jelaskan perkara ini.
JAWAPAN: Setengah daripada perkara yang menjadi satu perhiasan yang begitu indah yang ada pada batang tubuh seorang lelaki, iaitu ringan tangan. Ringan tangan mengeluarkan derma, membuat kebajikan. Jangan kedekut.
Orang lelaki jangan kedekut, tapi orang perempuan kena kedekut.
Ini kerana kedekut itu sifat perempuan dan pemurah itu sifat lelaki. Begitu juga dengan berani yang merupakan sifat lelaki tetapi penakut itu semestinya sifat perempuan. Sebagaimana juga dikatakan cemburu itu sebenarnya sifat lelaki, bukan sifat bagi kaum wanita. Tetapi kita terbalik lingkup, cemburu sifat orang perempuan, pelik sungguh. Pada hal cemburu sifat orang lelaki.
Kenapa dikatakan kedekut
itu dipuji pada perempuan? Kerana perempuan itu tidak akan memboroskan harta suaminya sesuka hatinya. Itulah dipuji, kena pada tempatnya kedekut.
Ia macam itulah. Perempuan tidak boleh guna wang suaminya sesuka hatinya walaupun untuk menderma atau bersedekah. Kena minta izin suaminya dulu.
Yang bolehnya tanpa minta izin suami kata setengah ulama untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Itu baru boleh. Orang itu perlukan sepinggan nasi atau RM1 kerana hendak beli nasi sebab tersangat lapar, maka boleh kita sedekah kepada orang itu walaupun tidak minta izin suami kerana dhorurah (darurat). Yang lain kena minta izin.
Bahkan jika isteri hendak buat kuih banyak sedikit kerana hendak beri kepada jiran sebelah rumah pun kena minta izin suami. Memberi kepada jiran-jiran kuih dan gulai dan sebagainya adalah sunnah, tetapi isteri kena beritahu kepada suami, minta izin kepada suami dahulu, sama ada izin yang bentuk harian ataupun izin yang khas diberi selamalamanya selagi keizinan itu tidak ditarik balik. Selama-lamanya itu maknanya kalau isteri sudah beritahu kepada suami, “Lain kali kalau ada lebih-lebih kita hendak buat lebih makanan kita hendak hantar ke rumah sebelah.
Jadi tak payah khabarlah lain kali deh.” Jika suami mengizinkan, dengan sekali keizinannya itu sudah memadai selagi tidak ditarik balik keizinan itu. Tidak boleh simpan melainkan kalau suami itu kata, “Jangan beri apaapa sekalipun, saya tak reda.”
Jadi tidak boleh beri walaupun kepada rumah adik beradik dia. Tidak boleh.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.