https://critoxium.com/shop/

Terkini

VK Lingam kena penjara enam bulan

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap bekas peguam VK Lingam atas kesalahan menghina mahkamah selepas mendakwa seorang hakim memplagiat penghakimannya dalam satu kes komersial.

Lingam tidak hadir di mahkamah ketika hukuman dibacakan oleh Hakim Abu Samah Nordin yang mempengerusikan panel lima hakim, menurut laporan The Star.

Pertuduhan terhadap Lingam dibuat pada 2012 dan tertangguh begitu lama kerana Lingam berulang kali tidak hadir prosiding.

Abu Samah waran komital akan dikeluarkan terhadap Lingam, yang sering tidak hadir prosiding mahkamah sejak 2013.

Panel itu turut dianggotai Hakim Ramly Ali, Azhar Mohamed, Balia Yusof Wahi dan Jeffey Tan Kok Hwa.

Tuduhan menghina mahkamah itu bermula dari satu kes di mana Lingam mewakili sebuah keluarga dalam tuntutan sivil pada 2009.

Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2012 yang tidak menyebelahi anak guamnya, Lingam memfailkan semakan atas alasan penghakiman itu diplagiat.

Lingam, 24 ahli keluarga berkenaan dan seorang lain peguam TC Nayagam didakwa menghina mahkamah.

Semua ahli keluarga terbabit dan Nayagam mengaku bersalah dan didenda.

Sebelum ini, Lingam terkenal selepas dikaitkan dalam skandal pelantikan badan kehakiman, yang kemudian menyebabkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.