Keluar mulut harimau masuk mulut buaya
Oleh ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
SERINGKALI rakyat yang dikuasai emosi dalam mengamati politik, menyebabkan mereka lebih cenderung memilih jalan singkat sebagai penyelesaian. Sikap simplistik tersebut kerana beberapa faktor.
SERINGKALI rakyat yang dikuasai emosi dalam mengamati politik, menyebabkan mereka lebih cenderung memilih jalan singkat sebagai penyelesaian. Sikap simplistik tersebut kerana beberapa faktor.
Pertama, melihat politik semata-mata berorientasikan isu. Bukan
kepada dasar ideologi yang menjadi latar penentu kepada sesebuah parti
politik. Contohnya, ramai yang suka bicara berkenaan masalah ekonomi,
lantas menekankan soal rasuah sebagai punca kemalangan ekonomi. Kita
tidak nafikan itu antara puncanya. Namun kita perlu sedar bahawa faktor
utama jahanamnya ekonomi negara kerana dasar kapitalisme yang diamalkan
selama ini. Dasar percukaian dan penswastaan amat memberi laluan kepada
politikus dan kapitalis mengamalkan kronisme sesama mereka. Dari ruang
itulah munculnya rasuah yang disebut-sebut oleh ramai orang.
Kedua, terikut-ikut dengan kempen politikus yang hanya beragenda
menukar tampuk kepimpinan negara dan parti. Bukan menukar dasar
pemerintahan yang menjadi faktor utama kerosakan negara.
Kadang-kadang kita melihat gaya mereka melawan penyelewengan bukan kerana prinsip nahi mungkar. Sebaliknya kerana mereka tidak dapat habuan seperti yang dinikmati oleh pesaing politiknya. Jika dapat, mereka kenyang dan mengangkat ibu jari tanda politiknya bagus. Rakyat dipergunakan untuk merealisasikan dendam materialistik mereka. Politikus seperti ini bila diberikan kuasa, sama sahaja menghidapi penyakit penyelewengan berbanding politikus sebelumnya. Dari sudut yang lain, jika mereka benar-benar jujur membawa perubahan, mereka mestilah menekankan soal dasar yang wajib diubah serta plan solusi yang menyeluruh. Bukan semata-mata perubahan batang tubuh pucuk pimpinan negara.

Berapa banyak sejarah yang kita saksikan, dengan hanya menukar
pucuk pimpinan tidak mendatangkan perubahan ideal yang diidamkan. Selagi
dasar tidak berubah, maka produksi kitaran pemimpin yang korup tetap
berulang.
Dahulu rakyat meluat dengan Tun Mahathir yang memerintah selama 22
tahun. Berundurnya Mahathir, digantikan oleh Pak Lah. Walaupun pada
awalnya beliau mendapat sambutan dari rakyat dengan produk Islam
Hadharinya, tetapi akhirnya rakyat sedar itu hanyalah gimik. Pak Lah
tetap tidak menepati hasrat perubahan yang rakyat mahukan. Kemudian
digantikan pula dengan Najib, hasil restu Tun Mahathir.
Yang terbaharu, mereka mendakwa perlu jatuhkan Najib seterusnya
dipulangkan kembali kerusi PM kepada Tun Mahathir. Idea gila. Dakwa
mereka kononnya tidak perlu dibimbangkan Tun Mahathir, kerana beliau
hanyalah diktator yang sudah pencen. Sedangkan kempen tersebut membuka
jalan kepada diktator pencen tersebut untuk kembali berkuasa.
Ada yang mengatakan, berilah peluang kedua kepada Tun Mahathir
untuk mengelola negara. Sesungguhnya beliau telah bertaubat. Kita perlu
faham, seorang penguasa yang telah melakukan kezaliman dan menanam
doktrin negatif yang mengelirukan rakyat terhadap Islam, taubatnya tidak
cukup dengan ungkapan saya telah bertaubat. Bahkan ia mesti disusuli
dengan tindakan serius membetulkan, menerangkan dan mengakui
kesalahan-kesalahan terdahulu yang telah dikenakan ke atas rakyat. Ini
wajib agar kesan onar yang telah dibuat benar-benar dapat dihentikan.
Allah berfirman:
"Melainkan mereka yang telah bertaubat, memperbaiki dan menerangkan
(memperakui kesalahan), maka merekalah yang Aku terima taubatnya" -
surah al-Baqarah 160.
Di dalam ayat ini Allah meletakkan syarat taubat mestilah disusuli
dengan pengakuan dan memperbaiki kesalahan agar kesalahan yang dibuat
tidak berpanjangan.
Kita tidak boleh naif dan semberono dengan hanya meletakkan markah
seseorang itu bertaubat semata-mata kerana dia telah menukar jersi parti
politiknya. Sedangkan nafsu tipu daya dan gejolak pemikiran yang cukup
tidak mesra dengan Islam masih bersarang dalam dirinya.
Apakah negara kita mahu dibawa ke situasi keluar mulut harimau
masuk mulut buaya? Yang lebih malang, buaya yang dimaksudkan adalah
buaya sama yang pernah membaham hak rakyat satu ketika dahulu. Sampai
bila kita mahu diheret menonton drama politik kartun ini?
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.