Waspada hadapi musuh gerakan Islam dari orang Islam sendiri
Pembunuhan beramai-ramai
di sebuah masjid di wilayah Sinai,
Mesir minggu lalu telah mencetuskan
kerosakan yang lebih besar
daripada pembunuhan dan kematian,
tetapi meliputi kesan-kesan
buruk terhadap gerakan Islam.
Insiden terorisme itu telah mengaitkan nama pemikir gerakan Islam Mesir, Syed Qutb, yang disifatkan dengan menyeleweng sekali sebagai punca pemikiran yang mendorong pembunuhan itu.
Belum pun mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab, telah tersebar naratif mengaitkan Daesh, yang dikatakan mendasarkan tindakan itu pada pemikiran Syed Qutb.
Perkembangan ini telah de ngan mudah dimuatkan dalam naratif gerakan Islam sebagai teroris dan mengancam keamanan, akibat pemikiran takfiri yang mereka dukung.
Rejim pemerintah Mesir, yang bersahabat baik dengan Israel, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu telah mengambil kesempatan sepenuhnya memburukkan Ikhwanul Muslimin dan sekali gus seluruh gerakan Islam sepertinya.
Semua ini menepati program yang sedang dilaksanakan oleh rejim- rejim anti-gerakan Islam ini, dengan mengaitkan gerakan Islam dengan keganasan dan memburukkan segala pemikiran berkait dengan gerakan Islam.
Kerajaan-kerajaan anti-gerakan Islam ini sedang giat memerangi gerakan Islam, dengan mensasarkan asas-asas pemikiran gerakan yang termasuk pemikiran Syed Qutb.
Selepas menjatuhkan Presiden Mohamed Morsi, mereka meneruskan program memburukkan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, melabel mereka teroris dan kini melaksanakan agenda yang menguntungkan Israel di Palestin.
Minggu lalu juga, diadakan pertemuan Liga Arab yang antara hasilnya ialah melabel Hizbullah, kumpulan bersenjata paling berjaya dan ke hadapan dalam menghadapi Zionis Israel sebagai pengganas.
Kemudian, satu kerjasama ketenteraan negara-negara Islam diadakan dengan matlamat yang disebut memerangi terorisme, sedangkan pada masa sama kuasakuasa Arab yang mendepani usaha ini berbaik dengan Israel dan mengabaikan perjuangan bersenjata menentang musuh umat Islam itu.
Pada masa ini, wajar umat Islam terutama di Mesir tetapi juga di seluruh dunia Arab agar berhati- hati dengan sekutu rejim sekular daripada kalangan ilmuan agama yang anti kepada gerakan Islam, tetapi bertopengkan keilmuan Islam yang kini mempengaruhi pelajar Malaysia di sana.
Ini semua ialah sebahagian daripada satu program besar untuk melemahkan gerakan Islam, yang muncul dalam bentuk yang seakan-akan gerakan Islam sendiri (seperti pseudo-sufi, gerakan Islam bersifat liberal dan sebagainya) yang telah banyak berlaku dalam sejarah.
Semua ini berkait dan terus dilaksanakan sebagai satu bentuk perang pemikiran terhadap gerakan Islam yang memperjuangkan Islam meliputi perjuangan politik.
PAS, seluruh kepimpinan jamaah dan ahli-ahli mesti menyedari perang pemikiran ini, yang terbuka dan bersembunyi, demi memastikan gerakan Islam tidak dilemahkan oleh kempen ini, sama ada melalui penyusupan dan juga pengaruh pemikiran ini terhadap ahli-ahli.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.