https://critoxium.com/shop/

Terkini

Belia anti golongan berkuasa berbeza pendapat Dr M jadi calon PM

PETALING JAYA: Belia anti golongan berkuasa yang menyertai bantahan terhadap pemerintahan Datuk Seri Najib Razak pada 2016, kini berbelah bahagi dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menterinya.

Aktivis pelajar, Anis Syafiqah Yusof yang mengetuai perhimpunan “Tangkap MO1” pada Ogos 2016 mendesak tindakan terhadap perdana menteri susulan siasatan ke atas dana 1MDB di Amerika Syarikat, berkata belia kini berpecah kepada kumpulan sedia memberi peluang dan menentang Dr Mahathir kembali berkuasa.

Kumpulan ke-3 pula, katanya, terdiri daripada belia kecewa yang semakin tahu tentang politik susulan peranan Dr Mahathir dalam gabungan pembangkang itu.

“Belia tak berapa ‘aware’ tentang politik, Mahathir boleh tarik perhatian mereka sebab walaupun mereka tak tahu tentang perkembangan politik, takkan mereka tak kenal langsung Tun Dr Mahathir?” katanya kepada FMT tanpa mendedahkan pendiriannya terhadap pilihan PH itu.

Pada 7 Januari lalu, PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menterinya dan berikrar menggunakan semua saluran undang-undang untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya, jika PH memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh 4 parti pembangkang dalam PH, tetapi dikritik pemimpin Barisan Nasional dan aktivis pembangkang.

Anis berkata, belia yang menentang Dr Mahathir tidak ramai tetapi mereka berpengaruh dan kini berkempen memboikot PRU14.

“Mereka tahu tentang politik, tetapi mereka tak suka kepimpinan Dr Mahathir. Disebabkan sejarah apa yang pernah Mahathir pernah buat dalam tempoh 22 tahun pemerintahannya dahulu. Mereka ‘rewind’ balik seolah-olah Pakatan kena ‘game’ dengan Dr Mahathir.”

Tetapi, Anis berkata, mereka ditentang kumpulan yang mahu memberi peluang kepada pembangkang.
“Sebahagian yang ‘aware’ tentang politik masih beri peluang kepada Pakatan Harapan cuba atasi kumpulan lagi satu ini sebab kita nak kalau boleh jumlah keluar mengundi itu tak begitu ketara penurunan disebabkan boikot.”

Sikap tidak peduli politik dan keengganan belia mendaftar sebagai pengundi membimbangkan pemimpin pembangkang yang mengharapkan sokongan mereka pada PRU14.

Setakat Februari 2017, statistik Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan kira-kira 4.1 juta rakyat Malaysia, di mana 45% daripadanya anak muda belum mendaftar sebagai pengundi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.