Campurtangan Asing, Atau Takut Rahsia Penipuan PRU 14 Terdedah ?
Oleh MAHFUZ OMAR
1. Pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun
Dr Mahathir Mohamad dengan 16 duta Negara-Negara Kesatuan Eropah (EU)
menyebabkan pemimpin UMNO-BN gabra, panas punggung dan tidak senang
duduk. Mengenai pertemuan itu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)
Mohamad Sabu menjelaskan bahawa mereka meminta delegasi EU mendesak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan pilihan raya
umum ke 14 dengan adil dan saksama.
2. Seperti biasa, akan ada hulubalang macai UMNO yang melompat ke tengah gelanggang membela ketua mereka.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan pertemuan PH
dengan duta besar EU sebagai politik terdesak yang mengundang campur
tangan dan tekanan kuasa asing terhadap prinsip demokrasi negara. Naib
Presiden UMNO manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula membidas Tun
Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan beliau sebagai pemimpin tidak
berpegang pada prinsipnya dan ia membuktikan pemimpin berkenaan hanya
memperjuang agenda peribadi.
Demikian juga dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri
Mahadzir Khalid menjelaskan standard sistem PRU di Malaysia yang sekian
lama diguna pakai adalah hampir sama seperti di negara lain malah turut
mempunyai tatacara operasi standard (SOP) yang ketat. Justeru beliau
menegaskan tiada keperluan untuk pemantau pilihanraya umum (PRU)
antarabangsa dihantar ke negara ini.
3. Begitu cepat mereka mereka memberi respon terhadap pertemuan itu
yang seolah-olah pertemuan itu amat merbahaya kepada keselamatan
negara.
Saya berpendapat, apabila pemimpin UMNO-BN cepat bertindak balas
terhadap sesuatu isu, yang melibatkan antarabangsa, bererti sememangnya
mereka dalam masalah. Mereka kelihatan gabra dan resah seolah-olah mahu
menyembunyikan sesuatu lantas terus berpencak menyalahkan pihak PH
mengadakan pertemuan tersebut.
4. Pilihanraya Umum ke 14 dijangka berlangsung dalam tempoh 5 bulan dari sekarang.
Umum melihat seperti mana PRU sebelum ini, pasti ada isu yang
menghambat kemenangan pembangkang. Kekangan terhadap media yang bebas,
sekatan terhadap parti-parti politik selain pemerintah, politik ugut dan
ancam, rasuah pilihanraya, salah guna kuasa dan penyelewengan ketika
pilihanraya, mengerah seluruh jentera kerajaan berkempen politik untuk
parti pemerintah, persempadanan pilihanraya yang penuh muslihat dan
pertikaian, pemenjaraan terhadap tokoh politik dan pelbagai macam tipu
muslihat dijalankan bagi memenangkan pemerintah.
5. Ketika Pakatan Harapan (PH) bertemu delegasi Duta Kesatuan
Eropah (EU) bagi mengharapkan agar dunia memberi perhatian, memantau,
menjenguk dan memerhatikan perjalanan pilihan raya di Malaysia,
sepatutnya kerajaan Malaysia berterima kasih atas keprihatinan pihak
antarabangsa terhadap demokrasi di Malaysia.
Jika benar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengikut tatacara
operasi standard (SOP) yang ketat dan standard antarabangsa, maka
kerajaan tidak perlu gusar dengan pemantauan negara luar.
Ia akan menguatkan lagi hujah bahawa kerajaan benar-benar telus dan
adil dalam soal perjalanan pilihanraya, apatah lagi, SPR sendiri pernah
diundang menjadi pemantau pilihan raya antarabangsa ketika
negara-negara lain mengadakan pilihan raya di negara masing-masing.
Mengikut reload,pada Pru13 SPR pernah menjemput 5 negara Asean menjadi pemantau pru13 di Malaysia.
Oleh demikian, apa masalahnya jika pru 14 wakil dari negara -
negara Kesatuan Eropah (EU) juga di jemput bersama wakil Seketeriat
Negara - negara Asean untuk memantau dan memerhati perjalanan PRU negara
ini?.
6. Sebaiknya jemput semua delegasi ini dan berikan mereka hak untuk
memerhatikan perjalanan pilihan raya. Buktikan kepada dunia bahawa
pilihan raya di Malaysia antara terbaik di dunia.
Nafikan hujah pembangkang pada dunia yang pembangkang hanya
‘mereka-reka cerita’ bahawa perjalanan pilihan raya di negara ini
tempang, berat sebelah, rasuah dan salah guna kuasa.
Selepas PRU ke 14 pula benarkan pemerhati antarabangsa membuat
kesimpulan, menulis dan bercakap soal ‘ketelusan’ pilihanraya di
Malaysia.
7. Namun begitu,kita mengetahui itu semua hanyalah khayalan politik di Malaysia.
Para pemimpin UMNO terus melenting dan melompat semacam mereka mahu
menjadi jaguh mempertahankan kedaulatan negara hingga keluar dari mulut
UmnoBn yang mendakwa mengajak pemerhati asing memantau PRU umpama
membiarkan negara dijajah dan demokrasi negara dicemar maruah.
Walhal, itulah amalan di mana-mana negara lain di dunia. Memberikan
hak kepada pemantau memerhati pilihan raya adalah satu cara berkesan
belajar dan mengajar negara lain menyuburkan demokrasi.
8. Hakikatnya, tanpa berselindung mereka mahu terus berkuasa dan
memerintah negara, dengan membuli, menindas, menipu dan memperdaya
rakyat melalui sistem pilihan raya yang ada.
Namun apakan daya, inilah jalan yang ada, dan PH akan terus meredah arus bersama rakyat. Doakan PH berjaya melauinya kali ini!.
"Ini Kalilah!"
#ReformasiPilihanraya
#RakyatNakPru14YangAdil
#RakyatTakNakUmnoBn
#UndiPakatanHarapan
#BinaSemulaNegara
DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
2.30pm Taman Al Walid Alor Setar
(IKLAN: Antara buku-buku terakhir Ahmad Lutfi Othman: Catatan Hujung, Pencuri Pilih Anjing, dan Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum memilikinya, dan berminat, boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291, dengan harga istimewa, potongan 50%.Stok adalah terhad,dapatkan sebelum kehabisan) Nantikan kemunculan buku terbaru beliau berjudul "Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti.")






Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.