DI KEBANYAKAN negeri, Dr Mahathir Mohamad diketengahkan oleh Pakatan
Harapan (PH) sebagai aset untuk mempengaruhi sokongan Melayu dan jadi
cabaran besar kepada Barisan Nasional (BN).
Tetapi di Kelantan, ceritanya lain pula.
Di negeri itu, Dr Mahathir dilihat satu beban kepada pembangkang.
Malah BN cukup bersedia untuk menjadikan bekas perdana menteri itu
sebagai bahan kempen utamanya dalam usaha merampas semula negeri itu
yang dikuasai PAS sejak 1990.
Dr Mahathir jadi beban di Kelantan kerana selama jadi perdana menteri dulu beliau menghukum rakyat Kelantan kerana mengundi PAS.
Dalam ucapan-ucapan mereka, pemimpin BN dilihat menggunakan perbezaan
layanan Dr Mahathir selama 22 tahun pentadbirannya dengan Perdana
Menteri dan Presiden BN Najib Razak.
Pengerusi BN Kelantan Mustapa Mohamed berkata Dr Mahathir memang
terkenal dengan sikap menggunakan tekanan dan menghukum Kelantan kerana
sokongan konsisten rakyat negeri itu kepada PAS selepas tiga pilihan
raya – 1991, 1995 dan 1999.
Pemimpin PAS seperti bekas Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat
pernah berkata Dr Mahathir menafikan peruntukan dana kerajaan
Persekutuan terhadap Kelantan.
"Dulu memanglah pelbagai tekanan diberikan sehingga ada orang kata
rakyat Kelantan kena dera dengan Dr Mahathir," kata Mustapa
Dalam lawatan rasminya ke Kelantan pada Ahad lalu, Najib menekankan
sikap pemurah pentadbirannya yang memberikan peruntukan kepada Kelantan
berbanding Dr Mahathir.
Dalam tempoh 24 tahun, dari 1981 hingga 2005, kerajaan persekutuan
memberikan RM12.07 bilion kepada Kelantan. Dr Mahathir memerintah dari
1981 hingga 2003.
Tetapi dari 2006 hingga 2018, kira-kira RM14.67 bilion telah
diperuntukkan kepada Kelantan. Najib dilantik sebagai perdana menteri
sejak 2009, mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi.
BN kini memegang 12 kerusi di 45 dewan negeri. PKR mempunyai satu kerusi manakala selebihnya adalah wakil PAS.
Tinjauan mendapati lebih separuh daripada pengundi Kelantan yang ditemuramah tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri PAS.
Lebih dua pertiga daripada 21 penduduk dari lima daerah yang
ditemubual dalam tinjauan itu berkata sentimen ubah kerajaan negeri pada
PRU14 ini turut dikongsi oleh kenalan dan keluarga terdekat mereka.
Gelombang mengalih sokongan itu didorong atas faktor kelemahan
kerajaan negeri menerusi perkhidmatan majlis perbandaran serta masalah
bekalan air, kurangnya pembangunan dan peluang pekerjaan.
Tetapi belum jelas parti mana yang akan mereka pindahkan sokongan itu
kerana ramai berkata mereka hanya akan membuat keputusan apabila
pilihan raya umum semakin hampir
PH menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kerana percaya
beliau lebih popular dalam kalangan pengundi lebih tua, luar bandar,
yang mengingatkan bagaimana pemimpin tersebut semasa pentadbirannya
pernah mengubah Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian serantau
pada tahun 90-an.
Mustapa percaya sikap Najib terhadap Kelantan akan memberi kelebihan
kepada BN berbanding PH apatah lagi Dr Mahathir kini dinamakan sebagai
calon perdana menteri gabungan pembangkang.
“Najib lagi popular di Kelantan berbanding Dr Mahathir,” katanya yang
turut yakin populariti Najib dapat membantu BN merampas kembali Umno
BN.
"Najib terbuka dan inklusif. Malah Menteri besar (Ahmad Yakob) kata
lebih mudah berurusan dengan Najib banding dengan Dr Mahathir.
"Inilah yang membezakan Najid dan Dr Mahathir. Najib tidak menekan,
beliau lebih terbuka. Beliau tidak menggunakan ISA (Akta Keselamatan
Dalam Negeri).
"Ada lebih kebebasan bersuara dan ini menjadikan rakyat Kelantan
lebih yakin kepada kita (BN)," kata Mustapa, yang pernah menganggotai
pentadbiran Dr Mahathir.
(IKLAN: Antara buku-buku Ahmad Lutfi Othman: Catatan Hujung, Pencuri Pilih Anjing, dan Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum memilikinya, dan berminat, boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291, dengan harga istimewa, potongan 50%.) Nantikan kemunculan buku terbaru beliau berjudul "Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti.")
Dr Mahathir jadi peluru serang Pakatan di Kelantan
Reviewed by DetikDaily
on
Januari 30, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
PETALING JAYA: Selepas berdepan tindakan keluar parti beramai-ramai pemimpin Sabah selepas PRU 2022, nasib Bersatu di negeri itu bertambah b...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.