https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jadikan debat sebagai budaya, dan debatlah dengan hujahan.

Oleh Maria Chin Abdullah

Saya sedar bahawa terdapat debat berkaitan isu boikot / undi rosak dalam media sosial. Komen-komen tersebut menunjukkan kesungguhan mereka, tidak mengira menyokong undi rosak atau tidak.

Untuk saya ini adalah satu perkara yang harus di bincangkan kerana perkara ini berkait rapat dengan proses demokrasi dan lebih pesifik kepada pilihan raya.

Tujuan saya memuncul topik ini bukan untuk berbahas undi rosak atau boikot tetapi tentang komen2 yang abusif dan sexist sampai memberi gugutkan bunuh kepada orang yang setuju dengan undi rosak / boikot. 

Sebenarnya, dalam post ini saya tidak mahu berbahas dan debat mengenai isu boikot dan undi rosak ini. Ini adalah kerana, umum sudah mengetahui pegangan saya terhadap isu ini. Dan sekali lagi saya ini memberitahu bahawa, saya tidak sama sekali menyokong kempen boikot dan merosakkan undi ini. Tetapi, saya menghormati hak demokratik semua pihak dalam perkara ini.

Perkara ini seharusnya dibincangkan secara demokratik daripada semua pihak. Sebagai masyarakat yang matang, tidak perlulah kita menggunakan pelbagai bahasa yang tidak molek, sehinggakan menjatuhkan maruah individu-individu yang tidak sehaluan dengan idea kita. Penggunaan bahasa-bahasa abusif harus dihentikan. Malah, ada juga yang diugut bunuh. Berhujahlah dengan idea dan pemikiran walaupun ada perbezaan pandangan yang ketara.

Saya juga ambil maklum berkait posting fb Maryam Lee. Sekali lagi, saya berharap agar perbincangan ini akan berjalan dengan sifat hormat menghormati antara satu sama lain, dan hentikanlah menggunakan kata-kata kesat ketika berbahas di laman sosial ataupun di forum-forum terbuka.

Akhir kata, jikalau kita mahukan perubahan, kita semua harus harus mendokong prinsip-prinsip demokrasi dan menghormati pandangan semua pihak walaupun kita punya pandangan yang berbeza.
Kepada semua pihak, jadikan debat sebagai budaya, dan debatlah dengan hujahan, dan bukannya dengan emosi.
(IKLAN: Antara buku-buku terakhir Ahmad Lutfi Othman: Catatan Hujung, Pencuri Pilih Anjing, dan Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum memilikinya, dan berminat, boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291, dengan harga istimewa, potongan 50%.)

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.