Kurdis jadi 'ayam sabung' Zionis
Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN
TURKI melancarkan serangan ke atas tentera Kurdi Syria, YPG. Tentera tersebut dibiayai oleh US. Mereka antara kumpulan yang mengeruhkan keadaan di Syria. Turki juga telah menggunakan unit altileri bagi menggempur kumpulan militia Kurdi Turki, PKK/PYD. Semua ini adalah kesinambungan daripada misi khas yang dinamakan sebagai Operation Euphrates Shield.
TURKI melancarkan serangan ke atas tentera Kurdi Syria, YPG. Tentera tersebut dibiayai oleh US. Mereka antara kumpulan yang mengeruhkan keadaan di Syria. Turki juga telah menggunakan unit altileri bagi menggempur kumpulan militia Kurdi Turki, PKK/PYD. Semua ini adalah kesinambungan daripada misi khas yang dinamakan sebagai Operation Euphrates Shield.
Tentera Kurdi Syria YPG bekerjasama dengan Kurdi Turki PKK. Dengan
YPG menguasai utara Syria, dan PKK menguasai selatan Turki, gabungan
kedua kumpulan ini sangat mengancam kerajaan Syria dan Turki. Di tambah
dengan sokongan US, Israel serta kumpulan Kurdi Iraq di sempadan kedua
negara ini, membuatkan Kurdi bertambah kuat. Di Iran juga, bantahan
terhadap kerajaan oleh Kurdi turut didokong oleh US.
Keadaan bertambah kompleks kerana US dan sekutu (Israel, Saudi,
UAE, NATO) menaja hampir semua gerakan revolusi di Syria. Dalam waktu
yang sama, gerakan-gerakan ini berbantaian sesama mereka. Nampak jelas
agenda mereka bukan untuk mengamankan, sebaliknya untuk menambah
porak-peranda Asia Barat.
Kurdi sekarang sedang dalam rangka menubuhkan negara baru di
wilayah Iraq. Keputusan referendum telah menyebelahi mereka. Mengikut
perancangan, negara Kurdistan akan melebar ke selatan Turki, Utara Syria
dan utara Iran, Armenia dan Azerbaijan. Agenda Kurdistan disokong penuh
oleh US dan Israel. Mudah cerita, Kurdi dah jadi ayam sabung Zionis di
Asia Barat.
Walaupun Turki sebelum ini mendokong pejuang revolusi Syria tetapi
negara tersebut telah bekerjasama dengan Rusia dan Iran bagi menamatkan
krisis di Syria. Mereka nampaknya telah sedar permainan kuasa besar di
Syria akan memakan Turki juga akhirnya. Pengaruh Kurdi di Turki semakin
kuat sekarang.
Namun, Turki bekerjasama dengan beberapa kumpulan revolusi di
sempadan Syria seperti FSA bagi menghapuskan ISIL. Menyukarkan kerajaan
Syria bagi menerima pelan perdamaian. Apatah lagi peperangan kembali
berlaku di Idlib walaupun sebelum ini hampir semua pihak telah bersetuju
untuk berdamai.
Ahli politik senior Kurdi, Aldar Khalil menjangkakan bahawa krisis di Syria akan terus berlanjutan ke dekad yang akan datang. Allahu mustaan.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.