Menjawab Eric See-To mengenai hutang negara
Oleh Hassan Sazali
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To baru-baru ini menulis berkaitan hutang negara.
Beliau menyatakan jumlah hutang negara tidak akan mengakibatkan negara muflis seperti mana yang disuarakan oleh penyokong-penyokong Dr Mahathir.
Dakwaan Eric ini sememangnya benar, kadar jumlah hutang negara iaitu pada 50.7% tidak akan mengakibatkan negara muflis.
Jika demikian, negara lain seperti Singapura atau Jepun yang mempunyai kadar hutang negara masing-masing pada 112% dan 250% sudah pasti muflis terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun, Eric harus sedar bahawa kadar hutang negara yang meningkat dari RM362 bilion pada tahun 2009 kepada RM687 bilion pada 2017 memberi kesan yang signifikan kepada belanjawan kerajaan.
Meskipun berdasarkan nisbah debt-to-GDP kekal sama iaitu pada kadar 51%, kesannya dapat dilihat pada jumlah perbelanjaan pembayaran faedah hutang tersebut.
Pada 2009, pembayaran kadar faedah mengikut perbelanjaan operasi hanyalah sekitar 9.1%. Jumlah ini meningkat kepada 13.1% pada tahun 2017 iaitu peningkatan kira-kira 4% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan operasi.
Pada 2018, jumlah hutang negara dianggarkan meningkat kepada RM722 bilion ataupun kira-kira 50% KDNK negara, namun kos pembayaran faedah dijangka kekal serupa iaitu pada kadar 13.2% mengikut perbelanjaan operasi.
Peningkatan kos pembayaran faedah hutang ini sememangnya memberi kesan kepada perbelanjaan pembangunan negara. Pada 2009, perbelanjaan pembangunan negara adalah sekitar 24% daripada keseluruhan belanjawan kerajaan.
Namun kini, perbelanjaan pembangunan negara berkurang hampir 10% kepada 14% pada tahun 2018 yang merupakan jumlah terendah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Harus diingatkan perbelanjaan pembangunan merupakan pelaburan jangka masa panjang yang akan memacu pertumbuhan ekonomi negara. Perbelanjaan ini akan digunakan untuk membina hospital, sekolah, sistem pengangkutan dan sebagainya yang memberikan manfaat kepada orang ramai.
Eric tidak perlulah berbangga dengan pengurangan jumlah hutang negara mengikut KDNK tatkala rakyat merasa beban dek pembayaran faedah yang semakin meninggi. Kadar hutang isi rumah juga masih tinggi pada 84.6% pada 2017 berbanding pada tahun 1997 iaitu hanya sekitar 43%.
Bukan sahaja kadar hutang isi rumah semakin meningkat, kadar tabungan juga rendah iaitu hanya 0.9% mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2014. Penurunan 0.5% dari 1.4% pada tahun 2013 mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah.
Sejujurnya, Eric harus menasihati kerajaan agar berbelanja dengan berhemah pada tahun ini seperti mengurangkan peruntukan kepada JASA, BTN dan mana-mana agensi berkaitan yang tidak bermanfaat kepada orang ramai agar defisit RM40 bilion tahun ini dapat dikurangkan pada tahun-tahun yang akan datang.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.