Rampasan Harakah cubaan sekat maklumat
KUALA LUMPUR: Harakah edisi terbaharu di pasaran yang dijual dibeberapa tempat telah dirampas oleh pihak berkuasa.
Jabatan Editorial dimaklumkan,
terdapat rampasan di beberapa kedai sekitar Kerdau, Temerloh dan selain
itu di Hulu Langat sejak dua hari selepas ia dikeluarkan.
Harakah edisi 2316 antaranya
memaparkan cerita muka depan bagaimana Kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri
Najib Razak gagal memberi perbandingan adil mengenai ekonomi Malaysia
berbanding Arab Saudi.
“Dah nak dekat pilihan raya umum,
inilah trendnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harakah, Zainal
Abidin Kidam dalam mesej ringkasnya kepada editorial.
(IKLAN: Antara buku-buku terakhir Ahmad Lutfi Othman: Catatan Hujung, Pencuri Pilih Anjing, dan Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum memilikinya, dan berminat, boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291, dengan harga istimewa, potongan 50%.) Nantikan kemunculan buku terbaru beliau berjudul "Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti.")







Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.